CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4971|Reply: 0

Pejuang Hamas keluar dari terowong, tak lagi bersembunyi

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:14 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Palestin berjalan melepasi runtuhan bangunan di Jabalia, utara Gaza. FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Ketika dunia memerhati Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel kepada Palang Merah pada Ahad lalu, puluhan pejuang mula dilihat di dataran di Bandar Gaza.

Dataran itu penuh sesak dan huru-hara.

Sehari selepas itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk wilayah itu berada di luar dan sekitar di Gaza, mengisytiharkan bahawa rakyat hidup dalam kemenangan.

Ketika Hamas kembali ke jalan raya selepas setahun bersembunyi dalam terowong dan mengelak serangan udara, tentera Israel berundur dari kawasan padat penduduk di wilayah itu.

Kemusnahan yang ditinggalkan adalah mengejutkan, namun Hamas nampaknya terselamat walaupun objektif Israel yang dinyatakan sejak awal perang adalah untuk menghapuskan kumpulan itu untuk selama-lamanya.

"Apabila kamu menetapkan penyingkiran sepenuhnya (sebagai matlamat), jika ada seorang lelaki (pejuang Hamas) berdiri ia boleh dianggap sebagai kegagalan," kata pakar Timur Tengah di Chatham House, Yossi Mekelberg.



Ia boleh memberi masalah bagi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang berikrar selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel untuk memusnahkan kumpulan itu.

"Mereka berada di bawah pengeboman paling hebat yang boleh dikekalkan oleh organisasi sedemikian, masih ada, dan mereka masih merekrut," kata Mekelberg.

Israel membunuh ramai pemimpin tertinggi Hamas, termasuk Ismail Haniyeh dan penggantinya, Yahya Sinwar. .

Selasa lalu, ketua tentera Israel berkata, kempennya membunuh hampir 20,000 pejuang Hamas.

Mekelberg memberi amaran masih terlalu awal untuk menilai keadaan keseluruhan Hamas, dan mengakui mengalami kerugian besar.

"Tapi di kaca televisyen, kami melihat bahawa mereka masih di sana, dengan skaf bandana dan topeng," katanya.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086263 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list