CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10973|Reply: 0

Sindiket gubah wang haram lebih RM5 bilion tumpas

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:27 PM | Show all posts |Read mode

MY LAN (tengah) dihadapkan ke sebuah mahkamah di Bandar Ho Chi Minh pada 19 September 2024. – AFP


HANOI – Polis Vietnam memberkas lima orang dan menumpaskan sebuah sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk dana aktiviti jenayah berjumlah AS$1.2 bilion (RM5.3 bilion) dari luar negara.

Antara tahun 2022 hingga 2024, anggota-anggota  sindiket itu termasuk kakitangan bank bertindak memalsukan kad pengenalan dan cop bank untuk mewujudkan 187 perniagaan termasuk membuka lebih 600 akaun korporat.

Akaun-akaun itu digunakan untuk memindah dan ‘menghalalkan’ wang yang diperoleh menerusi aktiviti penipuan atau perjudian di luar negara, kata polis dalam satu kenyataan semalam.

Penangkapan tersebut termasuk seorang kakitangan bank, dibuat di Danang di mana polis menyelesaikan kes pengubahan wang haram terbesar di bandar tepi pantai itu.

Polis turut merampas 122 cop palsu dan salinan asal sijil pendaftaran 40 perniagaan.

Pada Oktober tahun lalu, taikun hartanah Vietnam, Truon My Lan dihukum penjara seumur hidup berhubung dakwaan pengubahan wang haram walaupun dia memfailkan rayuan.

Pemaju hartanah itu telah dijatuhi hukuman mati kerana jenayah penipuan berjumlah AS$27 bilion (RM120 bilion) dalam kes berasingan. – AFP

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.482574 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list