MANILA: Gempa bumi berkekuatan 5.8 magnitud melanda luar pesisir tengah Filipina hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan retakan pada struktur bangunan dan kediaman.
Menurut USGS, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 25 kilometer dari bandar San Francisco di wilayah Leyte Selatan.
Pasukan penyelamat dari bandar San Francisco, Roxanne Sandoval, memberitahu AFP, tiada laporan segera mengenai mangsa yang terkorban, namun 'retakan besar' kelihatan pada dinding bangunan majlis perbandaran.
"Gempa bumi itu adalah gegaran kuat berlaku selama satu minit.
"Pada mulanya saya menyangka hanya angin kencang, tetapi kemudian berasa bangunan bergegar," katanya.
Sandoval berkata, satu pasukan dihantar untuk memeriksa tahap kerosakan jalan raya dan rumah yang dilaporkan penduduk.
Negara kepulauan itu terletak di 'Lingkaran Api' Pasifik, di mana aktiviti gunung berapi dan gempa bumi adalah perkara biasa.
Ia adalah lengkungan aktiviti seismik dan gunung berapi intensif yang membentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.
Kebanyakan gempa terlalu lemah dirasai oleh manusia, tetapi gempa bumi yang kuat dan membawa kerosakkan secara rawak tanpa teknologi yang dapat meramalkan bila dan di mana ia akan berlaku.
Disiarkan pada: Januari 23, 2025
|