CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2889|Reply: 0

Cuaca ekstrem sebabkan hampir 250 juta kanak-kanak tidak ke sekolah - UNICEF

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:37 PM | Show all posts |Read mode

Cuaca ekstrem menyebabkan gangguan besar terhadap pendidikan di seluruh dunia pada 2024, dengan kira-kira 242 juta pelajar di 85 negara terlepas sesi pembelajaran akibat gelombang haba, ribut, banjir dan kemarau - Foto: UNICEF

NEW YORK - Cuaca ekstrem menyebabkan gangguan besar terhadap pendidikan di seluruh dunia pada 2024, dengan kira-kira 242 juta pelajar di 85 negara terlepas sesi pembelajaran akibat gelombang haba, ribut, banjir dan kemarau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis, kejadian cuaca ekstrem menyumbang kepada penutupan sekolah dan gangguan operasi, dengan gelombang haba menjadi ancaman paling serius terhadap pendidikan.

"Tahun lepas, cuaca buruk menyebabkan seorang daripada tujuh pelajar tidak dapat hadir ke sekolah, menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka serta memberi kesan kepada pendidikan jangka panjang,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell.

Negara yang paling terjejas akibat gangguan berkaitan iklim terhadap persekolahan termasuk Afghanistan, Bangladesh, Mozambique, Pakistan dan Filipina.

Menurut analisis itu, 74 peratus daripada pelajar yang terjejas tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah, walaupun tiada wilayah yang terkecuali daripada kesan kejadian iklim ekstrem.

Asia Selatan menjadi rantau paling teruk terjejas dengan 128 juta pelajar terkesan. Di Asia Timur dan rantau Pasifik, 50 juta pelajar menghadapi gangguan, manakala Afrika mengalami akibat dahsyat fenomena iklim El Niño, termasuk banjir di Afrika Timur dan kemarau teruk di beberapa bahagian Afrika Selatan.

Di Eropah, hujan lebat dan banjir mengganggu pembelajaran lebih 900,000 pelajar di Itali pada September, manakala banjir pada Oktober menjejaskan 13,000 kanak-kanak dan remaja di Sepanyol, menurut UNICEF.

"Pendidikan adalah antara perkhidmatan yang paling kerap terganggu akibat bahaya iklim. Namun, ia sering diabaikan dalam perbincangan dasar meskipun memainkan peranan penting dalam menyediakan kanak-kanak menghadapi penyesuaian iklim.

"Masa depan kanak-kanak mesti menjadi keutamaan dalam semua rancangan dan tindakan berkaitan iklim,” kata Russell. - Bernama

24 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038372 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list