View: 6577|Reply: 11
|
[Lain-Lain]
CINTA TAK PERNAH TEPAT WAKTU (MIRA FILZAH)
[Copy link]
|
|
Edited by amandel at 2-2-2025 07:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ialah sebuah filem drama arahan Hanung Bramantyo (pengarah Ipar adalah Maut)... Filem Cianta Tak Pernah Tepat Waktu ialah filem kolebo antara penerbit Indo dan Msia... Film ni diterbitkan oleh Dapur Film, K Studio dan Seven Skies Motion... Sebelumnye Dapur Filem dan Seven Skies Motion pernah kolebo juga dekat filem Trinil... Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu dilakonkan oleh Refal Hady, Nadya Arina, Carissa Perusset dan Mira Filzah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu merupakan adaptasi dari novel bertajuk sama karya Puthut EA... Dekat filem ini Puthut EA juga menjadi penulis skrip bersama Hanung Brmantyo dan Haqi Achmad...
Novel ini mengisahkan pergolakan fikiran, pergolakan dalaman, pencarian cinta, dan cubaan mengubati diri daripada penyakit yang dideritai watak utama... Dia terus pergi dan berjalan, berharap semua luka yang dideritai akan kering dengan jarak yang ditempuh dan sembuh dari masa ke masa... Semasa perjalanan, watak itu menemui dan merenung banyak perkara...
Sebuah kisah yang mengajak anda untuk turun ke bumi, bahawa hidup selalunya bukan tentang apa yang anda inginkan, tetapi apa yang anda miliki... Sebuah novel yang menyatakan bahawa hidup ini penuh dengan harapan dan bernilai... Puthut EA pernah cakap jika novel ni ialah sebuah novel yang berisi tentang semacam pengantar untuk mengenal laki laki dari alam pikir dan batinnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu dicalonkan untuk The Direction Award di Jakarta Film Week (JFW) 2024...
|
|
|
|
|
|
|
|
Runut bunyi fiem ni bertajuk Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ditulis oleh Melly Goeslaw dan dinyanyikan oleh Aina Abdul dengan Fabio Asher... Lagu memang sedapppp... Filem ni tayang dekat pawagam Msia 20 Feb depan...
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu sebentar ye... Iols nak enjoy lagu ni lagi lama ahahahah... |
|
|
|
|
|
|
|
buat hati sebak juga lagu ni... Iols rasa memang menyakitkan jika rasa cinta dengan orang lain tak sepadan atau pada masa yang tak tepat... entah itu dengan pasangan, keluarga ataupun dengan orang lain... yang dah sepadan pun kadang masih tetep mempertanyakan, apakah rasa ni nak bertahan sampai bila bila masa... atau berubah ditengah jalan... macam pelik ahahahaha...
Iols terbaca benda menarik tentang sebuah kajian terkenal yang menunjukkan bahawa hubungan yang baik dengan orang lain adalah faktor paling berpengaruh terhadap kebahagiaan dan kesihatan jangka panjang... Maybe tak berkaitan langsung dengan filem ni, but Iols rasa masih dalam satu benang merah yang same...
Terdapat sebuah kajian terkenal dari Harvard University yang menunjukkan bahawa hubungan yang baik dengan orang lain adalah faktor paling berpengaruh terhadap kebahagiaan dan kesihatan jangka panjang... Kajian ini dikenali sebagai "Harvard Study of Adult Development" dan bermula pada tahun 1938... Ia merupakan salah satu kajian terpanjang mengenai kehidupan orang dewasa, yang menjejaki kehidupan ratusan lelaki selama lebih daripada 80 tahun...
Penemuan utama kajian ini adalah bahawa hubungan sosial yang kukuh terutamanya dengan keluarga, rakan-rakan, dan komuniti mempunyai kesan positif yang besar terhadap kesejahteraan mental, fizikal, dan jangka hayat... Kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai hubungan yang lebih erat dan berkualiti cenderung hidup lebih lama, lebih sihat, dan lebih bahagia berbanding mereka yang merasa kesunyian atau mempunyai hubungan yang tidak memuaskan...
Salah seorang pengarah kajian, Dr. Robert Waldinger, menyatakan bahawa bukan kekayaan atau kemasyhuran yang membuat seseorang bahagia, tetapi hubungan yang penuh perhatian dan saling menyokong adalah kunci utama... Menurut kajian ini, hubungan yang baik bukan sahaja melindungi tubuh daripada penyakit fizikal, malah juga melambatkan kemerosotan mental seiring dengan pertambahan usia...
Oleh itu, penemuan daripada kajian ini menyokong idea bahawa membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain adalah faktor yang sangat penting untuk kebahagiaan dan kesihatan secara keseluruhan...
Sometime Iols merasa macam palatao je kongsi benda-benda macam ni ahahaha... but Iols rasa macam menarik dan ikut belajar juga benda baru... so Iols kongsi je ahahaha... harap sikit banyak ade manfaatnya... Iols rasa banyak yang lagi expert dekat sini, feel free je jika nak correct my post ( Iols baru sedar sometime Iols typo feel free jadi fell free ahahaha...)
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols terbaca ade filem kolebo Indo Msia juga bertajuk The Fox King... filem ni telah selesai menjalani proses penggambaran di bawah arahan pengarah Woo Ming Jin...Woo Ming Jin ialah pembuat filem Malaysia berbakat yang telah melawat pelbagai festival filem antarabangsa... Salah satunya mengarah Stone Turtle, kerjasama Malaysia-Indonesia yang memenangi Hadiah FIPRESCI di Festival Filem Locarno 2022...
Memetik daripada Variety, The Fox King terletak di sebuah bandar pantai di Malaysia pada tahun 2000-an... Kisah itu mengetengahkan kehidupan adik beradik kembar bernama Ali dan Amir... Adik beradik ini tidak dapat dipisahkan dan mempunyai ikatan telepati...Ali dan Amir kemudiannya terpaksa hidup sendiri apabila bapa mereka berkahwin semula dengan seorang wanita yang lebih muda. Kedatangan guru baharu iaitu Lara menguji ikatan persaudaraan mereka...
Diterbitkan oleh Edmund Yeo dan Yulia Evina Bhara, The Fox King diterbitkan oleh Sunstrong Entertainment, dengan kerjasama syarikat produksi Msia, Greelight Pictures dan Da Huang Pictures serta diwakili oleh KawanKawan Media dari Indo... Filem itu mengambil bahagian dalam pasaran filem Tokyo dan projek pasaran QCinema pada 2023 untuk pembiayaan... Film ini dibintangi Idan Aedan, Chew Kin Wah, dan Amerul Affendi... Filem ni juga dilakonkan Dian Sastro...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 2-2-2025 09:23 PM
Selain filem The Fox King, Chew Kin Wah juga berlakon dekat filem Perang Kota (This City Is a Battlefield) yang diarahkan oleh pengarah Mouly Surya... Filem ni dipilih sebagai filem penutup dekat Rotterdam International Film Festival (IFFR) 2025 yang diadakan dari 30 Jan hingga 9 Feb 2025... Ade babak ciuman dekat trailer ni, boleh skip je video ni jika tak selesa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Teaser Filem terbaharu Anna Jobling dekat Indo juga dah released, Filem ni bertajuk Sukma... Filem Sukma juga dilakonkan oleh Cristine Hakim, Luna Maya, Fedi Nuril dan Oka Antara...
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap lagi banyak kolebo filem Indo dan Msia di masa hadapan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Peminat Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Traicie Sinidol boleh tngaok Gadis Masa... Citer macam menarik... Muka Mira dan Tracie nampak match dekat siris ni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|