View: 6723|Reply: 25
|
[Jenayah]
Gabungan Karakter Jepun, Menggayakan Baju Melayu Bertemakan Corak Ultraman Untuk Raya!
[Copy link]
|
|
![](https://assets.thevocket.com/sites/1/2025/02/vocket-baju-raya-ultraman-5-sidei-1.jpg)
Berbaki sebulan sahaja lagi untu kita bertemu bulan suci Ramadhan, bagaimanapun orang ramai sudah mula mencari tema baju raya pada tahun ini untuk tampil unik pada pagi hari raya nanti.
Seorang pengguna di TikTok telah memuat naik senarai imej memperlihatkan baju raya dengan elemen unik dimana menggabungkan karakter adiwira dari Jepun iaitu Ultraman.
Di dalam gambar tersebut, kelihatan sosok pemuda yang menggayakan baju raya tersebut dengan beberapa padanan warna yang boleh dipilih oleh orang ramai.
Menariknya, pada baju ini didatangkan bersama dengan “Color Time” (カラータイマー, Karā Taimā) iaitu butang ikonik yang terletak di dada serta corak garisan dan bentuk armor seperti suit sebenar adiwira terkenal itu.
Kelihatan sejumlah warna yang ditawarkan menerusinya seperti oren, kelabu, unggu, hitam dan sebagainya yang mana cukup menambat hati para peminat adiwira yang menjangkau pelbagai lapisan umur.
Koleksi gambar baju raya 2025 bertemakan ultraman itu sememangnya menjadi sensasi apabila berjaya meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan, 55,000 tanda suka dan sejumlah komentar yang ditinggalkan oleh netizen.
Seperti yang dijangkakan, ramai yang bertanya di manakah beg kuning kerana berminat untuk membeli baju raya tersebut. Tetapi sayang sekali, ia sebenarnya hanyalah gambar janaan AI dengan visual yang realistik semata-mata.
“Nak beli, tolong buat sekarang bang,” kata seorang netizen.
“Mana beg kuning bang, nak nombor 4 tu?” soal seorang lagi.
“Cakap sini habis sini. tertarik !. buka order cepat,” gesa seorang netizen.
Bagaimanapun, netizen masih berharap agar koleksi baju raya adiwira itu akan direalisasikan oleh pereka baju tempatan kerana kelihatan benar-benar stylo apatah lagi menggamitkan memori buat para peminatnya.
Agak-agaknya bagaimana pula rupa baju raya wanita dengan tema ultraman? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macem macem kau ureng ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan rosakkan baju Melayu
Tiap tahun ada cobaan merosakkan baju kebangsaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Unik,lain dari yang lain tapi hodoh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 3-2-2025 02:32 PM
Tolonglah wahai bangsaku. Kita orang Melayu ada identiti sendiri, ada budaya dgn pegenalan tersendiri yg perlu dizahirkan dari segi akhlak, kata2, sopan santun dn juga berpakaian. Pakaian melambangkan kebangsaan sesuatu bangsa: Melayu dgn baru kurungnya, Cina dgn chongsam dn samfunya, India dgn sari dn kurtanya dn ianya satu kemegahan. Kenapalah orang melayu ni temahak sangat nak merosak dn melacurkan identiti kebangsaan Melayu sendiri shnga baju melayu pun segan nak dipertahankan apalagi melestarikan. Jgnlah sesekali cakap nak memodenkan atau pembaharuan fesyen baju melayu, No! a big no. Ke mana arah nak dibawa dgn identiti melayu ni.
Baju adiwira itu dahlah hodoh, hancur budaya melayu dibuatnya, malah tidak melambangkan hikmah puasa yg dilaluinya. Semuanya bersifat kebendaan dn mencari perhatian ramai. Punah fikiran orang begini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 3-2-2025 05:37 PM
Sapa bagi:
Indon,bangla,rohingya,pakis,pilak 'MASUK' MELAYU????![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pakai kaler merah hitam tu, mata iols nampak perut dia mcm buncit |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. Buat apa rosakkan baju Melayu kalau terlalu ikut tren (trend).
|
|
|
|
|
|
|
|
makin hilang identiti lepas masuk zaman millenial |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm tak kesahlah janji batang kau orang berfungsi dekkkkk…… ![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
identity and budaya do not pay the bills...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi jgn lupa kalau hidup kita harus berteraskan agama dn adat, termasuk budaya. Sedangkan dlm agama Islam itu juga ada budaya2 Islam yg harus diamalkan, seperti maulid (tak perlu berarak pun) dn akiqah.
Berbaju kurung dgn identiti melayu ada maknanya tersendiri, selain berpakaian cantik, rapi serta berpenampilan, jelas mewarisi d mengangkat kebangsaannya. Adakah mungkin lelaki melayu mau berpakaian kurung adiwira begitu, siap berkain sampin hadir untuk solat jemaah hariraya di masjid?.
Nanti ada yg kata kenapa tidak? Ya, kenapa tidak kan? OK lah kita nak tengok orang melayu mana yg teruja maukan perubahan, (boleh jadi Ultraman tu pun seorang muslim juga), bernampilan sedemikian ke masjid untuk solat sunat Idulfitri. Dn kita orang orang2 lama yg berpegang teguh kpd keperibadian melayu muslim nak lihat sejauh mana sambutan yg akan diraih. Selamat berfesyen since identiti dn budaya do not pay the bills. Melayu yg terlalu ghairah nak bertransformasi shnga kesantunan baju kurung mau dimusnahkan. Malu ke jadi melayu?
|
|
|
|
|
|
|
|
I agree with your perspective...tetapi melayu dan islam adalah dua perkara berbeza..apa dia budaya melayu? dan apa dia budaya islam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 3-2-2025 09:00 PM
Secara spesific orang melayu budayanya terbina dgn budaya orang2 dulu, mungkin juga diceduk drp budaya asing yg dimelayukan d dijadikan amalan turu temurun. Dikatakan itulah budaya melayu, walhal tidak seasli2nya ttpi kemudian diakui/dianggap sbg budaya melayu. Banyak juga adat2 melayu yg agak terpesong dgn akidah Islam, maka sedikit demi sedikit ianya diperbetulkan dn ditinggalkan. But at least berbaju kurung tetap disabitkan sebagai identiti orang melayu walapu ianya bukan budaya Islam, ttpi kpd kaum wanita ada unsur2 keIslamannya. Ada kesopanan, santun dn tertib dn secara tak langsung mengusung hukum aurat yg wajib dipelihara. Berbaju kurung bukan lambang budaya Islam, ttpi ada didikan Islam padanya.
TTng budaya Islam yg saya tau ialah majlis khatam AQ, masjli Tahnik dn aqiqah dan majlis sambutan maulid Rasul (majlis bacaan berzanji, marhaban dn selawat kpd Rasulullah).
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa depa tak pernah nk kacau baju Cina atau India eak? Melayu jugak yg depa nk try |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 3-2-2025 09:49 PM
Kenapa depa tak pernah nk kacau baju Cina atau India eak? Melayu jugak yg depa nk try
Market besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually nampak nice juga.
Xdelah ketat melekat or see thru, nampak ketiak bagai. Masih nampak sopan cuma ada corak. Hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|