Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Oleh BERNAMA - Februari 4, 2025 @ 12:06am

FOTO BERNAMA
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah memutuskan untuk memberi cuti peristiwa pada 11 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Dr Nadzman Mustaffa, dalam surat rasminya kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, semalam, menyatakan cuti peristiwa itu adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Pada 22 Januari lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata cuti itu diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikan sambutan berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1357129/kedah-umum-11-februari-cuti-peristiwa-sempena-thaipusam
|