CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5848|Reply: 0

[Kedah] Cuti sekolah: Lebih 80,000 pelancong masuk Langkawi dalam 18 hari lalu

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Cuti sekolah: Lebih 80,000 pelancong masuk Langkawi dalam 18 hari lalu

Oleh Hamzah Osman - Februari 4, 2025 @ 7:20am[email protected]





Orang ramai memanfaatkan musim cuti dengan berkunjung ke Langkawi. Majoriti mereka menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis. - Foto NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Seramai 84,711 pengunjung memasuki Langkawi menerusi feri penumpang cuti sepanjang cuti persekolahan hujung tahun lalu hingga kelmarin.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Norhafiz Abdul Wahid, berkata daripada jumlah itu, seramai 33,708 pengunjung dari Kuala Kedah.

"Selebihnya, seramai 51,003 pengunjung lagi tiba dari Kuala Perlis.

"Data itu bagi tempoh 18 hari, mulai 16 Januari iaitu hari pertama cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025 hingga kelmarin, selain cuti Tahun Baharu Cina mulai 28 Januari hingga 31 Januari lalu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Norhafiz berkata, bagi menampung permintaan tinggi pengunjung ke Langkawi, Ferry Line menyediakan 49 trip tambahan membabitkan laluan dua hala Kuala Perlis-Langkawi dan Kuala Kedah-Langkawi pada tempoh sama.

"Sebanyak lapan trip tambahan disediakan dari Kuala Kedah-Langkawi, manakala Kuala Perlis-Langkawi (16 trip), selain Langkawi-Kuala Kedah (lapan trip) dan Langkawi-Kuala Perlis (17 trip)," katanya.

Dalam tempoh sama, seramai 79,901 penumpang turut menggunakan perkhidmatan feri penumpang untuk keluar dari Langkawi ke tanah besar, iaitu seramai 31,117 ke Kuala Kedah, dan 48,784 penumpang (ke Kuala Perlis).

"Ketika ini masih berlaku pergerakan agak ramai penumpang keluar dan masuk ke pulau ini kerana cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025 hanya akan berakhir 16 Februari ini," katanya.

Ferry Line ditubuhkan pada 2005 dengan menggabungkan tujuh syarikat feri, sekali gus muncul pengendali feri penumpang terbesar di Langkawi dan Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1357146/cuti-sekolah-lebih-80000-pelancong-masuk-langkawi-dalam-18-hari-lalu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.042767 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list