CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14303|Reply: 20

BUSINESS IKAN AROWANA

[Copy link]
Post time 29-4-2011 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by matlampir at 19-7-2011 02:33

Salam Sejahtera,

Saya nak minta pendapat kepada porumer @ kawan2 yang tahu pasal business dalam menetaskan ikan arowana@kelisa.
Saya ada dengar taklimat oleh syarikat Incredible Force yg menjadi agen pemasaran dalam projek penetasan anak ikan arowana, jenis Highback Arowana.

Kita kena beli seekor ikan arowana (RM10,000 seekor) dlm umur 2 1/2 tahun untuk dipelihara di kolam Arowana World Breeding Farm Sdn. Bhd yang terletak di Mukim Gunung Semanggol, Padang Lalang, Kerian, Perak. Dalam satu kolam, ada 18 ekor ikan (10 betina, 8 jantan) yang dikongsi oleh 18 orang yg membeli ikan tersebut. Dalam 6 bulan (mungkin kurang 6 bulan), ikan betina akan bertelur dan ikan jantan akan simpan telur2 tersebut dalam mulutnya untuk ditetas dan dipelihara dari serangan musuh. Kemudian, semua pemilik ikan akan dipanggil untuk melihat sendiri dan kira jumlah anak ikan yg hidup untuk tujuan jualan. Harga seekor anak ikan dikira RM600, jadi RM288 diambil oleh syarikat, kita dapat RM312.00. Semua kos operasi spt makanan, rawatan, penyelenggaraan dan sewa kolam, F.O.C.... (dikira syarikat ambil RM288 seekor)

Konsep pengkongsian untuk begini, sbg contoh, setahun ikan boleh bertelur untuk 3 kali, sekali bertelur boleh ada 30 anak ikan, jadi 3 x 30 x 10 betina x RM312 seekor = RM280,800, jadi dibahagi kepada 18 pemilik = RM15,600 seorang/setahun ... jadi kontrak utk 5 tahun = RM78,000.00

* perkiraan diatas sgb contoh untuk minimum output

So, soalnya, BOLEHKAH BUSINESS INI BOLEH DIPERCAYAI SBB TAKUT DITIPU SEPERTI JENAYAH PERDAGANGAN YG LAIN  ....

Kalau sesiapa yg boleh bantu, plz plz plz ... okay ker atau kay o ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 02:16 AM | Show all posts
Berat soalan ni, kita tunggulah kalau-kalau ada pendapat dari forumer yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 01:58 PM | Show all posts
Secara teori memang seperti dijelaskan seperti diatas..tapi secara praktikalnya TIDAK.

Jika sesiapa mengharapkan seperti perkiraan diatas DIJAMIN HAMPA..(pengalaman sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 01:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by azmann33 at 30-4-2011 14:00

Reply 2# saudagarkampong


Harga RM10,000 tu memang mahal sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 11:13 PM | Show all posts
Apa2 urusan perniagaan mestilah ada hitam putih..ada perjanjian jual beli..seelok2nya diserta khidmat nasihat atau juru runding pihak ketiga sbg contoh urusniaga tu disokong/disaksikan oleh orang tengah yg berkecuali seperti agensi pertanian kerajaan yg berkenaan dengan agriculture..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 01:56 AM | Show all posts
SCAM........ jgn join....... senang2 jaa nanti depa kata induk mampus....... sape mau ganti RM10k tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2011 01:09 PM | Show all posts
perjanjian ada tapi terlalu umum ... tak letak jumlah atau peratus kongsi ... jumlah harga anak (ikut pasaran atau tetap), ada maintanance fees (kalau ikut FOC) ... musykil 10X ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2011 01:11 PM | Show all posts
SCAM........ jgn join....... senang2 jaa nanti depa kata induk mampus....... sape mau ganti RM10k tu ...
Acong Post at 2-5-2011 01:56


dalam perjanjian kata, klu ikan mati sbb gaduh, racun, bencana alam, tua dan lain2 kematian bukan disebabkan oleh kecuaian syarikat, syarikat akan ganti untuk sekali sehaja ... klu mati sebab kecuaian syarikat, akan diganti tanpa had ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2011 02:32 PM | Show all posts
baik TT bela sendiri.... beli akarium pastu beli seekor ikan kelisa jaga lah sampai die besar.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 10:08 PM | Show all posts
dalam perjanjian kata, klu ikan mati sbb gaduh, racun, bencana alam, tua dan lain2 kematian buka ...
matabelalang Post at 2-5-2011 13:11
ganti pakai pe? ada polisi insurans?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply 10# Acong

ikan digantikan dengan ikan ... ada dalam perjanjian ...

Takde ker yang sedang atau pernah masuk perniagaan ini ???
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 03:05 AM | Show all posts
Reply  Acong

ikan digantikan dengan ikan ... ada dalam perjanjian ...

Takde ker yang sedan ...
matabelalang Post at 3-5-2011 13:47



dah melabur hampir 2 tahun ++...tapi pulangan tak best.
lebih baik bela anak...bila matang 2 tahun setangah jual pada tokey kolam.

anak -+RM600-RM700
RM700 x 50 ekor = RM35,000
makanan dan penjagaan RM15000
jumlah RM50,000

dah matang jual..minima RM3000..minima tau
50 x RM3000= RM150,000- modal RM50000...untung RM100,000 lepas 2.5 tahun

KALAU melabur 1 kolam RM140,000..lepas 2.5 tahun amat2 mustahil mendapat balik modal walau separuh(pengalaman sendiri bersama2 kawan2 yang melabur)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply 12# azmann33


too risky............ baik korg bela sugar glider........
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:19 AM | Show all posts
salam,

kwn saya ada bgtau tentang bisnes ni. tp ade sorang pebternak ni die xbuat mcm syarikat tu. die explain mcm ni la lebih kurang,

satu kolam ade harga RM240K. dalam kolam tu ade 6 induk jantan n 14 betina. tp kite xsemestinya byr 240k tu sorang. kite bole ikut %. contoh, kite mampu 10%, so modal la dlm 24K. so keuntungan kolan tu nnt akan diberi kpd kite as syer holder by % yg kite bayar.

ni saye bgtau ikut harga ikan arowana yg gold tu k. harga pasaran satu anak ikan, RM1800-2500. tp sbb kite ni cuma investor, keuntungan akan dibahagi 50-50 dgn penternak ikan. ni projek yg dekat bukit merah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 01:02 PM | Show all posts
utk rega RM1800-2500, ikan saiz pe?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 02:53 PM | Show all posts
dlm paper metro harini 10 julai 2011 pon ada iklan pasal arowana ni..dari syarikat overseas delight..laman web arowana2u.com...

kalau tengok dia punya iklan, nampak cantik...memang tertarik untuk melabur...tapi bila tengok pandangan diatas, kena pikir masak2 sebelum join...

katanya syarikat bumiputera..ada 76 kolam di semanggol, perak...sapa yang pernah melabur dengan syarikat ni lak, minta komen..

aku bukan apa,,takut jadi mcam pelaburan yang lain mcm lintah, cacing, keli, ketam nipah..masa baru nak start, iklan sikit punya cantik, lelama seme senyap...yang sakit, pelabur la...

patutkah kita melabur dalam bidang penternakan ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2011 03:55 AM | Show all posts
market utk ikan nie terlalu kecil sbb mahal....... baik korg invest emas..... lagik selamat korg jaga emas tu sendiri......
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 05:22 AM | Show all posts
Harga induk ikan kelisa highback dan M'sia golden sudah turun. Sesiapa yang ada minat dan ada cash $$$ untuk melabur dalam bidang menternak ikan kelisa, boleh pergi tengok induk ikan2  tersebut dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 05:27 AM | Show all posts
Busines menternak ikan kelisa mas macam busines burung walid, consider long term investment programme.

Saya melabur dalam bidang menternak ikan kelisa mas sejak 5 tahun dulu dan memang ada dapat keuntungan yang stabil berbanding dengan saham.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 10:48 PM | Show all posts
Baik bela sendiri. Aku rasa investment arowana ni sama jer dgn real estatae investment. Tp kita bela dlm akuarium jer la. Beli ribu2 masa kecik, bela dlm akuarium untuk beberapa tahun. Bila dah besar nnt jual belas2 or puluh ribu. Drp bg org puluh ribu, nnt hangus jer duit tu bila ada masalah.

Investment ni apapun baik kita buat sendiri. Jangan la bg duit kt org suh dia investkan utk kita. Org dah sah2 untung time dia dapat duit. Sat lagi bila x jadi macam2 alasan dia bg nak mengelat.

Bela sendiri dan jual sendiri jer. Untung pun jauh lagi banyak...

Pendapat 2 kupang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.497290 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list