CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 33111|Reply: 64

[Jenayah] Enam tertuduh kes Zulfarhan dijangka keluar 4 tahun lagi – Peguam

[Copy link]
Post time 28-2-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Pihak pembelaan memaklumkan enam tertuduh yang dihukum penjara 18 tahun, kerana membunuh tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain dijangka selesai menjalani hukuman empat tahun lagi.

Mengesahkan perkara itu, peguam, Datuk Seri M. Ramachelvam yang mewakili salah seorang perayu berkata, semua bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sepatutnya menjalani hukuman penjara 18 tahun namun tempoh itu dikurangkan kepada 12 tahun sekiranya berkelakuan baik.

Beliau berkata, memandangkan mereka telah ditempatkan di penjara sejak tahun 2017, maka mereka masih ada baki empat tahun sahaja lagi untuk menyelesaikan hukuman itu.

Katanya, ia berdasarkan pertimbangan hukuman pemenjaraan dikurangkan satu per tiga daripada jumlah hukuman.

“Mereka insaf dan mengaku tidak sengaja melakukan kesalahan berkenaan sehingga membawa kepada kematian Zulfarhan. Ini merupakan pengalaman pahit buat mereka, namun mereka menyesal dengan perkara yang berlaku.

“Mereka juga sangat malu dengan perbuatan sendiri kerana menyebabkan kematian arwah lapan tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, perbuatan tersebut dilakukan ketika mereka masih muda maka hukuman pemenjaraan itu akan memberi keinsafan kepada mereka.

Beliau memohon semua pihak memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan bahawu dan menyumbang kepada masyarakat.

Sementara itu, peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua daripada enam tertuduh iaitu berkata, dalam kes ini tiada pihak yang menang atau kalah kerana Zulfarhan sudah meninggal dunia.

“Mereka sudah hilang masa depan malah sedang menjalani hukuman,” katanya.

Terdahulu enam bekas UPNM bernasib baik apabila terlepas hukuman gantung dan dipenjara 18 tahun kerana didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim selepas mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengetepikan hukuman gantung sampai mati yang diputuskan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Imkhai at 28-2-2025 10:14 PM

Xada menang kalah ko ckp sial,mangsa dh mati dia dh kalah disebabkn sial2 6ekor ni,mak ayah fmly mangsa dh kalah utk tegakkn keadilan utk arwah,ko dan anak guam ko mmg elok la korang sama2 duk dlm neraka jahaman sana sial
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya gila kasi keluar. Tak ada niat apanyer
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sementara itu, peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua daripada enam tertuduh iaitu berkata, dalam kes ini tiada pihak yang menang atau kalah kerana Zulfarhan sudah meninggal dunia"

Takde hati perut langsung ke apa? Ingat family arwah tunggul takde perasaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
May All of u rotting in hell????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 3-3-2025 12:56 AM

1 mlysia benci pembunuh2 ni. Dlm byk2 kena maki, maybe terkena panahan ain pada pembunuh2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2025 12:16 AM | Show all posts
harem J..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi simpan nama 6 jahanam tu ..
Boikot jangan ambil depa kerja
Kalau keje sendiri pung kasi potong depa neh jangan amek servis depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
TIDAK sengaja??????


Gila zalim punya statement!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Imkhai at 1-3-2025 01:07 PM

Ada baca dkt X 6jahanam ni trlepas hukum mati hnya kena penjara masih blh hidup lg kt dunia semua DIA yg aturkn,tp dgn marahnya rakyat malaysia dlm kes ini,adakh 6jahanam ini blh hidup tenang dkt dunia?,jwpnya mmg tak mereka akan terseksa zahir batin sampai diaorg mampus terhina la hidup mereka selagi diaorg hidup dlm dunia ini hendaknya amin
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 01:18 PM | Show all posts
4 tahun lagi harap rakyat malaysia jangan lupa .... jangan bagi anjing2 ni berada di public dgn tenang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
4thn lagi mesti masuk mana2 podcast.

Tungguuuuui..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mangsa mati tine gurau2,tertolak dr bgnn or terjatuh dan tertikam besi tajam, haa dat 1 yes mmg kite bg lah peluang..ni mslhnya dgn sengajaa torture arwah berhari2 dgn cara plg zalim dan kejam..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh x sesapa...mohon post/tepek balik muka2 drng ni semua...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 02:22 PM | Show all posts
Aje fundeks takde niat nya. Berapa dah umur pelaku masa kejadian? Bukan dah late teens/early20s ke? Kata asal usul pelajar cemerlang semua. Semua jadi benak tak leh fikir dah terap iron 100 kali kat badan kawan tu boleh buat kawan tu bertukar kuat jadi hulk instead of satu seksaan sampai boleh mati???? Ale uteee

Kalau betul family nam jahanam ni have2, senang2 je la deyols move on pindah je mana2 negara lain nanti. Aman takde kecaman dari masyarakat. Enjoy la puas2, Allah Maha Adil

Ada sapa2 tau tak update yang case budak bakar sekolah madrasah kat keramat tu? Yang tu rasanya memang pelaku underage masa kejadian. Kalau tak silap last baca, kena hukuman gantung. Pendakwa berjaya buktikan niat lebih kukuh ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 02:50 PM | Show all posts
Edited by freesia71 at 1-3-2025 03:37 PM

I think pembela dpt buktikan that the torturing BOLEH tetapi tidak SEMESTINYA menyebabkan kematian.
Mmg rasa tak adil kan tapi itu lah undang2 dunia. Nanti kat akhirat la dpt pembalasan yg adil. Infact aku harap sepanjang hidup dia orang ni, malang sesaja lah hendaknya.

Ada jugak yg bengap kata dia org ni istimewa sebab dah tau bila nak mati , so boleh taubat la gitu. Ini masa hukuman gantung belum diketepikan. Bodoh kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 1-3-2025 07:02 AM
Sementara itu, peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua daripada enam tertuduh iaitu berkata, dalam kes ini tiada pihak yang menang atau kalah kerana Zulfarhan sudah meninggal dunia.

“Mereka sudah hilang masa depan malah sedang menjalani hukuman,” katanya.


Dasar Amer keling kurang hajar.

Semoga netizens tanahair buli 6 jahanam ni, bila dah keluar expose identiti expose tempat kerja, anak bini segala supaya anak2 meka yang masih kecik tu tau bapak2 meka pembunuh.

Macam Miryang gang rape case di Korea. Pelaku2 suma dapat pembalasan netizens. Sampai ada yang merayu2 minta mahap sebab malu kat anak bini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:07 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 1-3-2025 03:01 PM
Dasar Amer keling kurang hajar.

Semoga netizens tanahair buli 6 jahanam ni, bila dah keluar expos ...

Orang2 mcm ni lah yg patut dicyberbully.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
freesia71 replied at 1-3-2025 07:07 AM
Orang2 mcm ni lah yg patut dicyberbully.

Meols sokong cyberbully penjahat2 sebegini.

Seek forgiveness from Allah. Receive destruction from humans.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
"tidak sengaja melakukan kesalahan berkenaan" Pergh panas hati betul baca nie. Korang yang pilih nak dera dia, takde sapa yang paksa korang dera dia. Apa yang tak sengaja. "Ter"dera arwah? Camtu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057469 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list