CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31233|Reply: 103

[Politik] Ismail Sabri diarahkan SPRM isytihar harta

[Copy link]
Post time 2-3-2025 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 3-3-2025 02:45 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pengisytiharan harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM berkata, arahan itu adalah mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024.

Kata SPRM juga, Ismail Sabri juga sudah melakukan pengisytiharan harta itu secara rasmi pada 10 Februari lalu.

"Untuk makluman, Ismail Sabri sudah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 51 Users voted

Count down: 29551 Days12 Hours17 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2025 09:21 PM | Show all posts
Edited by pengecattaik at 3-3-2025 02:45 PM


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lah yang disembah sembah orang Melayu masa dulu. Pantang dihina, melenting. Pantang ditegur, melompat berpencak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke nama dibagi orang Melayu dia ni dulu, Pak Long ke Pak Ngah.

Punya la biol. Ko puja tahap keluarga engkorang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 09:45 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-3-2025 05:58 AM

SPRM siasat Ismail Sabri, sahkan sita wang tunai RM170 juta dan jongkong emas



  • Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
  • 2 Mac 2025, 6:36 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ahli Parlimen Bera itu menerajui negara.

“Siasatan ini dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Bekas Perdana Menteri itu juga diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024 dan dibuat secara rasmi pada 10 Februari lalu,” katanya.

Menurutnya, Ismail Sabri telah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.
Jelasnya, SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, SPRM telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat dengan Ismail Sabri.

“Susulan daripada siasatan lanjut terhadap keempat-empat individu berkenaan, SPRM telah menjalankan pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai “safehouse”.

“Hasil operasi penggeledahan di lokasi-lokasi tersebut, SPRM telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa (Baht, Riyal, Pound Sterling (BP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan) serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta,” katanya.

SPRM berkata, pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 10 saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

“SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara,” katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 09:51 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-3-2025 06:01 AM

Tak sampai dua tahun jadi pm gang dah songlap 170juta dan RM7juta emas. Memang target dia orang nak masuk politik untuk jadi penyamun dan jadi kaya raya. Dah boleh tukar ke hukuman tembak sampai mati baru mereka ni ada rasa takut mungkin.
Tak mau kalah dengan negara indon. Isle kehilu isle kehilir, Singapore juga yang bagus...tak perlu isle isle semu tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2025 10:02 PM | Show all posts
klu sangkut dan dibicarakan aku nak tengok karakter ismail ni mcm mana. adakah dia juga berubah karakternya jadi fighter spt najib atau dia akan mengaku salah lebih cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknye harta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu acah2 perlu dihormati, kena bagi laluan
???????? dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:21 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 2-3-2025 01:20 PM
Apa ke nama dibagi orang Melayu dia ni dulu, Pak Long ke Pak Ngah.

Punya la biol. Ko puja tahap kel ...

Aku cukup menyampah ummah melayu pprt yg jenis low classs ni yg suka duk panggil politician paklong pakngah; ntah apq2. Dulu kat anwar pun dorg nak start panggil papa kat twitter, nasib dia tegur taknak suruh stop, dia kan urban skit mana suka benda2 pprt low classs ni, padan muka. Apa punya low classs lah sesetengah mentaliti ummah melayu msia ni huh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:21 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 2-3-2025 09:16 PM
Ini lah yang disembah sembah orang Melayu masa dulu. Pantang dihina, melenting. Pantang ditegur, mel ...

ini lah sebab dulu2  pemimpin Bee End n Pee Een (Bee End 2.0) mendoniya buat resuah

rekyat yg undi = enabler

bila budaya resuah makin teruk kat Mesia

enabler ni jugak yg melenting

bodow abadi?


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:23 PM | Show all posts
So pak mail dah keluar hospital belum lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:24 PM | Show all posts
kalo pak mail ni bukan bekas muntri n pee eem..

adakah la ni dia ada duet 170 juta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:29 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 2-3-2025 11:21 PM
Aku cukup menyampah ummah melayu pprt yg jenis low classs ni yg suka duk panggil politician paklon ...

kebanyakan yg dipanggil gini karekter lembik

kebanyakan performance hampeh

mgkn panggil "ak" sebab nak wujudkan soft spot n nampak mesra

nak cover low performance

&

cover perbuatan resuah

depan rekyat baik sungguh & muka lembut

blakang rekyat

perompak besar

ha ha ha

rekyat dah kena klentong dan dibodo bodokan

weii rekyat

udah2 ler jadi bodo

insap ler

tapi kan

yg si bodo ni bukan tau dia bodo

biasanya yg bodo ni ler prasan pandei dan jalan dabik dada






Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:32 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 2-3-2025 03:29 PM
kebanyakan yg dipanggil gini karekter lembik

kebanyakan performance hampeh

Khennn. Abahcow dgn pakmail seronok org panggil dorg dgn gelaran mcm tu, rasa disayangi rakyat, konon jadi favorite, fav apa rakyat yg bodoh2 je suka benda2 gitu huh, dorg ni pun penimpin low classs mmg suka lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:36 PM | Show all posts
Pak mail dgn abahcow mmg pm paling bangsattt, dua2 sakau duit time pandamik, mmg celaka sungguh dua2 eko ni. Dah lah mmg tak pandai buat keja. Tgk pak mail baca ucapan dlm english masa melawat spore lps jd pm pun rasa nak pengsan, siapa lah yg karang, sounds so low classs tak natural langsung english tu jenis bodoh2 sgt dah le org tua tu baca pun terhegeh2 huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 11:37 PM | Show all posts
Takde classs punya pm phuiii kohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga Malaysia ke?
Keluarga Penyakau!?

Patutlah tak bukak2 sempadan/parlimen ni kerja korng tidor dgn $$$$$$$$$$$
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:43 PM | Show all posts
Biar penuh puak2 ni dlm penjara, hantar abahcow n pakmail, so blh geng dgn najib
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 2-3-2025 11:21 PM
ini lah sebab dulu2  pemimpin Bee End n Pee Een (Bee End 2.0) mendoniya buat resuah

rekyat yg undi ...

Tu yang naik lemak, bila politician dipuja puji, disanjung....berlemak dia songlap duit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.098430 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list