CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9863|Reply: 0

[Johor] 3 Geng Adik Mamat termasuk anak Datuk didakwa

[Copy link]
Post time 6-3-2025 11:52 AM | Show all posts |Read mode


TIGA beradik mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama dan berasingan melakukan rompakan berkumpulan. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Tiga ahli Geng Adik Mamat, termasuk seorang anak Datuk, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan, memiliki senjata api dan senjata api tiruan, bulan lalu.

Bagaimanapun kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan secara bersama dan berasingan.

Di Mahkamah Sesyen, Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, tertuduh, Mohamad Haidar Abdullah, 34 dan N Klement Raj, 38 secara bersama melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta milik Hon Chong Seng antaranya wang tunai RM3,500, telefon bimbit Iphone XS Max, Iphone 13 Pro Max dan kad ATM.

Kesalahan dilakukan di hadapan kedai kopi, Jalan Sutera 3, Taman Sentosa, lebih kurang jam 5 pagi, pada 14 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Mohamad Haidar yang bekerja sebagai Juruelektrik turut berdepan satu pertuduhan memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang iaitu sepucuk pistol berserta kelopak dan sarung berwarna hitam.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah Jalan Rahmat Kampung Melayu Majidee, di sini, kira-kira 1.05 tengah hari, 17 Februari lalu.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak lebih enam sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh dan Nur Diyana Zubir, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Zafirah Norizan.

Tiada jaminan dibenarkan dan sebutan semula bagi serahan dokumen ditetapkan 10 April depan.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, di hadapan Hakim, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, tertuduh Mohamad Haidar dan Klement Raj turut berdepan tuduhan bersama melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta milik mangsa berlainan, Chem Sooi Tea iaitu wang tunai RM650, kad ATM dan kad pengenalan.

Kesalahan dilakukan di hadapan kedai kopi, Jalan Sutera 3, Taman Sentosa, kira-kira 5 pagi, pada 14 Februari lalu.

Hakim, Che Wan Zaidi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 seorang dengan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di balai polis sekali setiap bulan dan larangan mengganggu saksi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadilah Johanuddin, manakala Klement Raj diwakili peguam, K.Muthiah.

Mahkamah menetapkan tarikh sama 10 April depan sebagai sebutan semula dan serahan dokumen.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, seorang lagi ahli Geng Adik Mamat, Muhammad Zul Syamsi Datuk Johari, 38 mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret A Shaarmini atas pertuduhan memiliki sepucuk senjata api tiruan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah Jalan Rahmat, Kampung Melayu Majidee, kira-kira 1.35 tengah hari, pada 17 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dan 20 Mac sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.590928 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list