View: 2610|Reply: 1
|
[Dunia]
Pencuri telan anting-anting setengah juta dolar AS
[Copy link]
|
|
Orlando: Sempat menelan anting-anting bernilai setengah juta dolar. Itu taktik dilakukan seorang pencuri di Florida beberapa saat sebelum ditahan polis, minggu lalu.
Polis Orlando mendakwa lelaki itu, Jaythan Gilder, 32 tahun, berbohong kepada pekerja di kedai Tiffany & Co.
Menurut polis, lelaki itu memberitahu mereka bahawa dia mewakili seorang atlet profesional dan ia mendorong pekerja butik itu menunjukkan kepadanya beberapa barangan perhiasan bernilai tinggi.
"Suspek kemudian didakwa mencuri anting-anting itu sebelum berlari keluar dari kedai.
"Ketika polis mengejarnya, mereka melihat Gilder menelan beberapa objek yang dipercayai anting-anting yang dicuri," kata polis.
Gilder didakwa cuba mencuri dua pasang anting-anting bernilai AS$769,500 (RM3.4 juta) dan cincin berlian.
Polis kemudian menjalankan ujian sinar X yang menunjukkan objek asing berada dalam perut suspek.
Polis juga mengesahkan, Gilder sebelum ini pernah mencuri di kedai Tiffany & Co di Texas pada 2022.
Kata polis, ada 48 waran berasingan terhadap lelaki itu dikeluarkan di Colorado.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gemuknya xray film. Patutlah senang kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
| |
|