CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6252|Reply: 22

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW - HARI ARAFAH 9 Zulhijjah

[Copy link]
Post time 4-5-2011 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 19-7-2021 09:21 AM

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.



Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.


Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.


Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.


Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 01:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 02:51 PM | Show all posts
"Wahai manusia...

Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, DENGAR lah dengan TELITI kata-kataku ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia...

1- Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci
Anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.

2- Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan
Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

3- Allah telah mengharamkan riba oleh itu,
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

4- Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya
dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia...

5- Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak ke atas kamu
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu
maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang.

6- Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik
dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia...

7- Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini
beribadatlah kepada Allah,
dirikanlah solat lima waktu,
berpuasalah di bulan Ramadhan dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

8- Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain
Kamu semua adalah sama
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya
kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

9- Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar
dari landasan Kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia...

10- Tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu, wahai manusia...

11- Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu.

12- Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara
yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya
Itulah AL-QUR'AN dan SUNNAH ku.

13- Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku
menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku
dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah
bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu
kepada hamba-hamba-Mu."


- Selawat kpd nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 07:20 AM | Show all posts
Unta baginda saw bernama Qaswah menitiskan air mata dan Saidina Abu Bakar melihat itu , maka beliau turut menangis dalam mana khalayak umat islam ketika itu menyatakan kesaksian dan kegembiraan di mana Islam itu dilengkapkan.


sekali baca terfikir  di benak saya akan aspek aspek yg disentuh rasulullah saw yg sangat relevan dan now menjadi cabaran umat islam serta sumberfitnah ..kalau diteliti banyak yg menyentuh maqasid syariah ...

seperti relevan ilham pengucapan baginda saw seolah olah baginda macam tahu aspek ini  yg agak kritikal pada akhir zaman.


well...


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 07:23 AM | Show all posts
Maher zain latest :

Peace be upon you ....

https://www.youtube.com/watch?v=pZxFZNRHbZ4

well i love the piano



tunes...as always

anyway

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 01:39 PM | Show all posts
I try..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2016 01:41 PM | Show all posts
kalau nak letak youtube video, just ambil code selepas v= , pastu paste kat kotak youtube di advanced mode reply..

https://www.youtube.com/watch?v=NQ_h-3pWQzU



pinjam tutorial forumer NorAddin.... hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 02:52 PM | Show all posts
BISMILLAH

Assalamu’alaik Zainal Anbiya

Isyafa’lana Lana Yaa Habiibana Laka Syafa’ah Ya Rosuullallah

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 03:26 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 9-9-2016 02:52 PM
BISMILLAH

Assalamu’alaik Zainal Anbiya

may i know clause kat atas tu apa maksudnya ya?

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:26 PM | Show all posts

  • thank u , u are so kind ...

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 9-9-2016 03:26 PM
may i know clause kat atas tu apa maksudnya ya?

Bismillah

Lebih kurang mcm ni

Salam sejahtera kpd perhiasan para Nabi

Kekasih kami , kami memohon syafaat ya Rasulullah

Laka syafaah wa hazal mathlabi

Wallahu'alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 10:07 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 10-9-2016 12:51 AM
Bismillah

Lebih kurang mcm ni

cool stuffs...thanks i like this.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 10:22 PM | Show all posts
bestnyer kan

sapa yg dah pernah pergi ni bertuah ....





Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 10-9-2016 10:07 PM
cool stuffs...thanks i like this.

Bismillah

Puas hati ke dgn jawapan tu ?

Puas hati atau tak, minta kerja sama drpd semua pihak direct atau indirect supaya tidak menyalakan lampu limpah dgn niat yg bkn kerana Allah sbbnya dgn lampu limpah yg menyuluh ke arah saya akan membuatkan mata saya silau & apabila saya kesilauan kepala saya akan kepeningan
Asbab drpd kepeningan tu blh mengakibat saya bertukar menjadi hulk

P/s - sesiapa yg pernah menonton siri hulk sekitar thn 80an tentu tau mcm mana retina mata David banner berpinar-pinar sblm berubah jadi hulk.

Wallahu'alam

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 05:47 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 9-9-2016 03:26 PM
may i know clause kat atas tu apa maksudnya ya?
salam

mohon keizinan akhi @mr_evergreen

Assalamu’alaik Zainal Anbiya

Isyafa’lana Lana Yaa Habiibana Laka Syafa’ah Ya Rosuullallah

Assalamu’alaik Zainal Anbiya
السلام عليك زين الانبياء
selamat sejahtera atas kau perhiasanku para Nabi


Isyafa’lana Lana Yaa Habiibana
ﺇﺷﻔﻊ ﻟﻨﺎ ﻟﻨﺎ ﻳﺎ ﺣﺒﻴﺒﻨﺎ ..
kurniakan syafaat untuk kami untuk kami ya kekasih kami

Laka Syafa’ah Ya Rosuullallah
ﻟﻚ ﺍﻟﺸﻔﺎﻋﺔ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ
untuk kau syafaat ya pesuroh Allah


Laka syafaah wa hazal mathlabi

Laka syafaah wa hazal mathlabi
ﻟﻚ ﺍﻟﺸﻔﺎﻋﺔ ﻭﻫﺬﺍ ﻣﻄﻠﺒﯽ
untuk kau syafaat dan itu matlamat ku



wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 05:49 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 10-9-2016 10:22 PM
bestnyer kan

sapa yg dah pernah pergi ni bertuah ....
salam



Wukuf d'Arafah termasuk rukun haji,
bahkan ia  merupakan rukun yang paling besar,
berdasarkan sabda Rasulullah saw

الْحَجُّ عَرَفَةُ
Haji itu Arafah,
فَمَنْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ عَرَفَةَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ مِنْ لَيْلَةِ جَمْعٍ
Maka siapa mendapatkan malam pada hari Arafah sebelum terbit fajar dari malam Muzdalifah,
فَقَدْ تَمَّ حَجُّهُ
maka sungguh hajinya telah sempurna.

HR. Tirmizi, no. 889. Nasa’i, no. 3016,  
d'shahihkan oleh Syekh Al-Albany rahimahullah dalam shahih Nasa’i



wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2016 05:32 PM | Show all posts
Edited by mr_evergreen at 12-9-2016 05:33 PM
NorAddin replied at 11-9-2016 05:47 PM
salam

mohon keizinan akhi @mr_evergreen

BISMILLAH

تفضّل




صلُّوا عَلَيْهِ


WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Khutbah terakhr Nabi Muhammad SAW sangat tersangat sangat menyentuh hati/kalbu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 09:20 AM | Show all posts
Saban tahun ,  umat Islam akan Meraikan Hari Arafah pada 9 Zulhijjah dan diikuti dengan  Hari Aidil Adha  pada 10 Zulhijjah dan hari - hari Tasyrik pada 11,12  dan 13 Zulhijjah  - hari di mana seluruh umat Islam diharamkan berpuasa.


Maka selaras dengan hari Arafah itulah berlakunya peristiwa Khutbah widak yang disampaikan oleh Rasulullah SAW .


Berikut adalah ulang siaran khutbah wida'rasulullah SAW  dan apabial dilihat begitu bermakna sekali kan  khutbah ini  pada  akhir zaman , inti pati makna pada mesej dalam khutbah itu buat kita semua.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 09:26 AM | Show all posts
KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA
Rujuk Sumber Asal:
https://bit.ly/3jTeBeH
Album Infografik:
https://bit.ly/Albumi-Graphf
Album Infografik Edisi Haji dan Korban:
https://bit.ly/Albumi-GraphfHajidanKorbanhttps://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan/photos/a.1842107679262536/2163018573838110/


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.077497 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list