CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3418|Reply: 8

Melayu perlu Bersatu

[Copy link]
Post time 15-5-2011 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Melayu perlu Bersatu

Dalam perniagaan pelbagai jenis perniagaan wujud di dunia ini.Sejak wujud internet pelbagai jenis dan bidang keusahawanan baru berasaskan internet memudahkan usahawan seluruh dunia.Jika dahulu kita perlu menggunakan brosur dan iklan untuk mencari pelanggan namun pada masa kini
dengan menggunakan internet ia lebih mudah,menjimatkan wang dan masa melalui internet.



Lahir pelbagai jenis bisnes berasaskan internet.Bengkel dan kursus penggunaan pelbagai perisian dan IT misalnya banyak mengembangkan jenis bisnes baru.Ini banyak melahirkan usahawan Melayu berjaya dalam bidang IT.



Kita mempunyai banyak dewan perniagaan Melayu dan apa fungsinya masih kabur.Bukan mahu mempertikaikan dewan namun keberkesanannya dalam membantu usahawan Melayu masih tidak nampak.Walaupun ada yang berjaya namun ia masih sedikit berbanding kejayaan bangsa Cina dalam keusahawanan.



Setelah 30 tahun DEB dilahirkan masih belum menampakkan kejayaan.Sasaran 30 peratus aset Melayu tidak tercapai dan semua menyalahkan antara satu sama lain.Pihak kerajaan yang mengilhamkan DEB menyalahkan usahawan dan usahawan menyalahkan DEB.Bangsa Cina tanpa DEB dan MARA mereka mampu berjaya mempunyai aset ratusan bilion dan mempunyai Dewan EKonomi yang lebih mantap dan efektif berbanding Dewan perniagaan Melayu.




Bagi melahirkan usahawan Melayu yang berjaya dalam sesuatu bidang kita perlu mencipta satu kumpulan atau disebut Group.Setiap Group mewakili setiap jenis perniagaan.Sebagai contoh kumpulan usahawan motor mengumpulkan semua usahawan dalam bidang penjualan motorsikal dan membaiki.Apabila terkumpul 1000 usahawan motor seluruh negara mereka boleh berkongsi idea dan bertemu dalam maya atau mengadakan
perjumpaan gathering dalam mencari idea memajukan bisnes masing-masing.Wahana Facebook adalah efektif....




Perkongsian idea dan kemahiran usahawan sesama jenis akan melahirkan idea besar dalam merangka pelan dan rangka bisnes yang lebih baik.Apabila ada usahawan mempunyai masalah tertentu group ini akan berfungsi membantu usahawan menyelesaikan masalah seperti sumber bekalan yang mahal atau sedang mencari jenis peralatan tertentu.Inilah penyatuan Melayu.Bukan menjahanamkan bangsa sendiri.



Kewujudan internet memudahkan Group ini berfungsi.Aplikasi Facebook misalnya boleh mengumpulkan semua usahawan motor seluruh negara,malah boleh diajak usahawan Melayu dari negara lain seperti Brunei ,Indonesia dan Brunei.Ini akan mencanai idea baru dan menyelesaikan banyak masalah.



Islam adalah agama kerja sama.Kewujudan group akan melahirkan lebih banyak idea bernas memajukan bisnes.Jika usahawan Melayu terlibat dalam 1000 jenis bisnes maka 1000 group perlu diwujudkan untuk berkongsi idea dan kemahiran dalam bidang masing-masing.



Kejayaan bangsa Melayu dalam perniagaan masih kecil jika dibandingkan dengan bangsa Cina.Mereka lebih advance dan maju berbanding bangsa Melayu.Hasrat mewujudkan Group bukanlah mahu mengalahkan mereka namun mahu melihat bangsa Melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina.Itulah matlamat kita.Bangsa kita masih lemah dan jangan harapkan bangsa lain bantu bangsa kita.Bantu jahanamkan boleh!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2011 06:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctredzuan at 17-5-2011 17:25

Kerajaan juga telah berusaha melalui pelan dan tindakan mereka.Usahawan sendiri juga perlu berusaha mencari jalan memajukan bisnes dan mencari idea baru dan idea penubuhan Group adalah wahana menyatukan usahawan Melayu dan berkongsi idea.Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan selama-lamanya.


KIta mempunyai ratusan ribu gerai dan restoran dalam bidang makanan namun setiap daripada mereka bergerak sendiri tanpa mempunyai kumpulan yang boleh memberi idea dan pelan memajukan bisnes.Kita juga mempunyai ratusan ribu usahawan cyber cafe dan komputer namun mereka bergerak sendiri.Itulah Melayu.Begitulah semua Melayu.Mereka suka sendirian berhad.Akhirnya sendirian juga masuk longkang!




Mentaliti “Berkenalan dengan usahawan bisnes sama adalah langkah membunuh bisnes sendiri” perlu dibuang dalam kamus hidup usahawan Melayu. Perkenalan

adalah langkah mencari idea dan berkongsi kemahiran,bukan hasrat mahu membunuh bisnes antara satu sama lain.



Usahawan Melayu perlu sedar bahawa kejayaan bangsa Cina dalam bisnes adalah kerana penyatuan dan bersatu padu.Mereka bersatu padu dalam semua aspek dan sentiasa tolong menolong tanpa hasad dengki dan mahu membunuh bisnes pesaing.




Kewujudan internet adalah kemudahan untuk menjadikan kita mudah berhubung sesama sendiri.Namun ramai usahawan tidak menggunakan internet walaupun ia telah wujud sejak 16 tahun lepas.Ramai usahawan Melayu lebih rela bersembang di kedai kopi berjam-jam berbanding memanfaatkan internet untuk berkenalan dengan sesama usahawan.



Internet adalah wahana yang paling menjimatkan untuk berhubung berbanding telefon.Ia juga menjimatkan masa untuk berbual dalam Yahoo Messenger berbanding berbual di kedai kopi.





Bangsa Melayu perlu memanfaatkan internet dan bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada manusia yang mencipta internet!kita mahu Melayu mahu mengorbankan masa untuk bersatu padu
dan memanfaatkan internet
ini untuk melihat lebih ramai anak Melayu berjaya dalam bisnes .



Aku mahu lebih ramai mendapat manfaat penyatuan Melayu.Sudah-sudahlah berperang dalam politik,dalam bisnes pun nak berperang.UMNO,PAS,PKR hanya gila kuasa.Membenci sama Melayu.Tidakkah itu bodoh?DAP,Gerakan,MCA pun parti Cina tetapi mereka bersatu padu dalam bisnes.




Bangsa Melayu adalah bangsa bijak.Mereka gagal dalam bisnes bukan kerana mereka Melayu tetapi kekurangan kemahiran dan ilmu menyebabkan ramai Melayu jatuh dalam bisnes .Mereka perlu didedahkan pelbagai kemahiran agar mereka lebih berjaya.Melayu perlukan kemahiran dan motivasi agar mereka lebih berusaha dan seterusnya maju dalam bisnes .Cuba lihat usahawan kaya dalam forum ni yang selalu terbang ke Bangkok seminggu lapan kali.... Pernah tak dia post mengajar Melayu lain bagaimana membeli barang di Bangkok?Tidak....Mengapa?kerana dia mahu kaya seorang.



Wawasan 2020 hanya tinggal 9 tahun lagi Kita mahu lihat lebih ramai anak Melayu berjaya dalam bisnes dalam semua lapangan sama ada menjadi usahawan kecil atau besar.



Jika kita tidak bergerak pantas,kemajuan negara pada tahun 2020 dinikmati bangsa lain.Kita hanya menjadi Melayu cari makan cukup makan walaupun tekun siang malam..Itulah status kita...




Kejayaan bangsa Melayu adalah memerlukan pengorbanan anak Melayu untuk mendidik orang lain untuk berjaya dan kita perlu berusaha ke arah itu.Kritikan ini ditulis bukan untuk mengherdik atau melemahkan semangat bangsa Melayu namun ia untuk mengubah mentaliti ‘bodoh’ kepada mentaliti bijak dan berjaya.




Kita mempunyai mentaliti dan sikap negatif yang wajar diubah kepada mentaliti yang lebih bijak dan mempunyai ciri positif.Mentaliti adalah penting dalam bisnes.Jika mentaliti lapuk tidak diubah maka kita terus menjadi Usahawan Melayu cukup makan selamanya....


Dalam forum ini terlalu ramai jutawan hingga aku pun malu nak join board Usahawan..aku ni Status usahawan tepi jalan cukup makan sahaja.....Namun mahu melihat Melayu berjaya dan bersatu.


Melayu perlu bersatu dalam politik dan ekonomi jika mahu menjadikan Melayu bangsa yang hebat dan berjaya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 08:04 PM | Show all posts
kalau boleh melayu bersatu... dah lama melayu berjaya sekrang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 01:59 AM | Show all posts
sapa pulak ni?

tapi gua tabik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:48 AM | Show all posts
nak berniaga perlu ada kerjasama, tak kira melayu, cina, india atau apa2 bangsa pun.

serius aku cakap, agenda "bangsa Melayu" membuatkan kita tergagap2 dalam perniagaan, nak memilih, nak buat keputusan, nak laksana, semuanya teragak-agak.

kenapa tidak kita teruskan saja perniagaan dgn siapa saja yg mampu membantu kita memajukan bisnes kita tanpa sempadan selagi ianya dalam prinsip dan pegangan peribadi kita.

org cina merantau ke malaysia, amerika, arab saudi, mampu bukak perniagaan sana-sini dan maju. adekah diorg peduli dgn bangsa mana yg membantu mereka?

tengok aje peniaga melayu yg sudah maju, berapa peratus bisnes partner, supplier, kontraktor yg berbangsa melayu yg membantu mereka maju? kalau nak berkira dgn "bangsa", ambik masa lambat lah utk kita maju.

pasal "bersatu" tu, aku sokong, tapi benda tu kesedaran sivik dan kesedaran individu. saranan dan galakan dari pelbagai pihak sejak dulu dah dicanang. kerajaan memerintah yg pro-Melayu sendiri pun kondem peniaga melayu sendiri. buktinya saman terhadap umno dari peniaga terengganu, pasal kes pembayaran tak dibuat utk bahan2 mateeral pilihanraya  iaaitu banner, poster dan cenderahati umno bernilai jutaan ringgit. manakala umno sendiri takmau bayar dan mohon perintah mahkamah dikeluarkan utk gugurkan tuntutan. berita = http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=481957

byk lagi kes ygmana org melayu jual bisnes, jadi alibaba dan sub kontrak 100% pada kontraktor cina lepas dpt tender, so... sapa tolong melayu dalam hal ni? kepakaran taknak cari, taknak majukan diri sndiri, pastu suruh org lain buat. empunya badan dapat duit, bayar hutang atau beli kereta baru atau renovate rumah.

secara siviknya, contoh buruk sentiasa timbul membuatkan ramai muak dan jemu nak "bersatu".

aku kata, kalu nak berniaga, berniagalah. selagi ada yg membantu tanpa kira bangsa apa. Islam tak pernah kira warna kulit atau bahasa apa yg kita tutur. ini perlu jadi asas sbg seorang muslim.

so, apa yg aku taip ni hanya pandangan cetek dari aku.
kalau aku salah kata, tolong tunjuk ajar.

aku pun nak berjaya jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:35 AM | Show all posts
aku kata, kalu nak berniaga, berniagalah. selagi ada yg membantu tanpa kira bangsa apa. Islam tak pernah kira warna kulit atau bahasa apa yg kita tutur. ini perlu jadi asas sbg seorang muslim.
bzzts Post at 16-5-2011 02:48


setuju.......

berkumpulan, berpersatuan, grouping atau apae2pun..
kalau dgn niat baik mmg bagus....

tapi kalau berpersatuan dsbnya supaya mudah menjatuhkan org lain.......
tak bagus.... dan takkan berkat....

mengapa perlu hadkan pada melayu saje...
kenapa tanak lebarkan penyatuan dengan bijak pandai dari seluruh dunia...
lebih banyak ilmu dapat kita selami.....
lebih berkesan perniagaan kita nanti....

tapi... dari pengalaman sendiri...
ramai kawan2 prefer jalan yg lebih mudah dan cepat...
tak perlu ilmu banyak2...
tak perlu susah2....
gunakan magic word kita...... MELAYU.

kalau tak berjaya..... mana mungkin.... mana org Melayu lain nie... tak tolong ke???
mana kerajaan nie... tak tahu ke kita nie orang Melayu...

come on laaaaaaa.... sampai bila kita sumer nak jadi macam nie.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2011 09:10 AM | Show all posts
... mana kerajaan nih!!! tak tau ke kita melayu,....

... asyik kasi projek kat ahli bahagian jer!!! tak tau ke kita pun mengundi...

... ahli bahagian asyik sub jer...!!! confirm ke yg dapat kerja sub tu undi kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 01:17 PM | Show all posts
Berat......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2011 06:52 PM | Show all posts
kalo bersatu dan berjaya membentuk organisasi yang adil dan saksama apa salahnya.......

tp berapa kerat je ahli yg berjaya dlm satu2 organisasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.870203 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list