Sinopsis 3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Tajuk Filem:
3,2,1 CINTA
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
16 Jun 2011
Pelakon 3,2,1 CINTA:
Diana Amir
Farid Kamil
Pierre Andre
Mustapha Kamal
Sheila Mambo
Zila Bakarin
Ruzaidi Abdul Rahman
sumber:mygossip.com........katenyer release 16 jun......ader sesiapa yg dah tengok or bakal tengokk........
kawan aku ada berlakon dlm filem ni. kiranya watak pembantu untuk filem pertama dia.. kawannyer si farid kamil dlm filem ni. padanlah dia suh aku teman dia gi latihan teater masa kat U dulu.. last2 jadi pelakon gak dia.. hu3
dh kehabisan pelakon muda mudi remaja ke dlm malaysia nih..rasanya melambak jek..
ni nk mengangkat FK balik ker...pirahh..
kalo dh namanya filem MIG .. sblm tyang kt panggung sumer kata best .. dh tayang tau la nnt jawpannya...
mlm td aku ngan member2 aku tgok wayang..kitorang ad 17org
diorang nak g tgok 321 cinta x teringin aku nak tgok ok
so aku ngan 3 orang member aku decide tgok green lantern 3d jah..yang len tu tgok cite nih.. komen diorang.."menyesal ktorang tgok cita nih..ntah ape2fadan muke