CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6233|Reply: 30

Cas telefon bimbit guna periuk didih air

[Copy link]
Post time 21-6-2011 11:43 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG kakitangan syarikat TES NewEnergy menunjukkan sebuah periuk yang menindih air boleh mengecas sebuah telefon bimbit dalam satu demonstrasi baru-baru ini.


TOKYO - Sebuah syarikat Jepun memperkenalkan kaedah terbaru mengecas telefon bimbit di luar rumah selepas bencana alam melanda iaitu dengan memanaskan sebuah periuk di atas unggun api.

Periuk terma elektrik tersebut yang dikenali sebagai Hatsuden-Nabe menukar haba air mendidih kepada tenaga elektrik yang kemudian disalurkan ke peralatan seperti telefon pintar, pemain muzik dan sistem pengesan kedudukan global.
Syarikat TES NewEnergy yang beribu pejabat di Osaka, mula menjual periuk itu di Jepun pada harga AS$299 (RM907) bulan ini sebelum ia dipasarkan di negara-negara membangun tidak lama lagi.

Periuk berkenaan dilengkapi bahan seramik termaelektrik yang menghasilkan arus elektrik melalui perbezaan suhu 550 darjah Celsius di dasar periuk dan air mendidih di dalamnya pada suhu 100 darjah Celsius.
Syarikat berkenaan menyatakan, gajet itu mengambil masa tiga hingga lima jam untuk mengecas sebuah iPhone dan para pengguna boleh memasak makanannya pada sama yang sama.
"Saya mendapat idea mencipta periuk ini apabila melihat rakaman televisyen yang memaparkan mangsa-mangsa gempa bumi membuat unggun api untuk memanaskan badan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif TES NewEnergy, Kazuhiro Fujita.

-- pelik la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 01:58 PM | Show all posts
mahalnyer harga periuk itu..tp ni salah satu penemuan yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:10 PM | Show all posts
salam,

kalo korang nak DIY ngan periuk kat umah boleh gak, cuma korang kene beli TEC cooler atau Peltier element.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 07:38 PM | Show all posts
pandai org jepung nie hah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 09:10 PM | Show all posts
kreatif.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:57 AM | Show all posts
oh yess beza haba boleh hasilkan arus elektrik  hmm...simple concept ...

yg dulu kite belajaq ada bikar isi ais dan ada satu bikar isi air mendidih , letak wayar dan voila ada arus ...sebab dikesan oleh voltameter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 01:21 AM | Show all posts
just make sure u dont electrocute yourself
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:10 AM | Show all posts
nice work..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 11:43 AM | Show all posts
hbt...mengurangkan bil ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:10 PM | Show all posts
kena cari kayu la pasni wat unggun api..
law guna gas...mau 1 hari 1 tong gas kena tukar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:21 PM | Show all posts
pakai periuk biasa xleh ke?wakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 04:16 PM | Show all posts
kot kot nanti dapat plug in tv kat periuk tu. dapat masak sambil tengok tv bermodalkan tong gas. wahh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:33 PM | Show all posts
cipta disebalik bencana
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 07:41 PM | Show all posts
sempat lagi mencipta walaupun kene bencana....hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 10:47 PM | Show all posts
wah bijak...bijak........
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:33 PM | Show all posts
orang2 japan ni mmg kreatip.. ada jah idea depa nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 12:55 AM | Show all posts
begeliga tul otak jopon ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:10 AM | Show all posts
guna periuk astro rase2 buleh x? ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 08:19 AM | Show all posts
Reply 2# gilmoregirl
dlm kimia spm dulu ada gak blaja fundamentalnyer.dua logam yg berlainan jenis(xbrapa jelas jenis-jenisnyer) apabila digabungkan dan dibakar akan menghasilkan haba yg mampu menjana elektrik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 02:32 PM | Show all posts
inovatif tul org2 jepun.....
de jea cara penyelesaian bg sesuatu masalah...
cuma mati jea diorg xleh nk cari penyelesaian...hehehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.261148 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list