View: 4235|Reply: 8
|
Apa yang anda mesti tahu pasal nanoteknologi?
[Copy link]
|
|
Nanoteknologi: Teknologi 'seni' berimpak besar
Penyelidikan dalam bidang nanoteknologi perlu diperhebatkan kerana dunia semakin menghala kepada industri berteknologi tinggi.
Pada tahun 2009, kerajaan telah mengenal pasti nanoteknologi sebagai jentera pertumbuhan kepada Model Baru Ekonomi (MBE) dan menyarankan ia diberi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Nanoteknologi merupakan ilmu satu sains yang unik pada skala nano (1-100 nm) muncul daripada paduan semua ilmu sains kimia, fizik dan biologi.
Nanoteknologi terbukti menyokong kemunculan pelbagai teknologi dan produk baru yang mampu melonjak ekonomi dan kualiti hidup sesebuah negara.
Malaysia mampu bekerjasama dalam bidang nano sejak awal 2000 di peringkat global dan mengikut kemampuan serta kemahiran yang sedia ada telah menyumbang kepada rantai inovasi yang merangkumi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.
Nano berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud 'kerdil'. Dengan lebih tepat, satu nano ialah saiz yang sangat kecil iaitu satu per bilion meter. Mengikut ukuran, satu nanometer ialah 0.000000001 meter.
Sudah tentu nano tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah seratus ribu kali lebih kecil dari saiz sehelai rambut atau seperti manusia di bulan melihat bola sepak di bumi.
Nanoteknologi ialah teknologi abad ke-21 yang dijangka memberi kesan yang ketara kepada kehidupan manusia.
Selepas teknologi komputer, nanoteknologi merupakan satu lagi bidang yang akan berkembang dengan pesat dalam abad ini.
Ia sememangnya telah lama wujud. Hanya manusia tidak mampu mengkajinya dalam skala yang terlalu kecil untuk diolah dengan deria yang ada pada manusia.
Walaupun nanoteknologi masih belum difahami oleh orang awam dan masih belum meluas penggunaannya, ilmu nano atau nanosains telah wujud beberapa tahun di kalangan ahli akademik dan saintis.
Dengan berasaskan ilmu sains asas iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik serta bantuan kemajuan peralatan seperti mikroskop yang sensitif, manusia kini mampu menyusun, mengubahsuai atom dan molekul dan membina sistem, bahan dan fenomena baru dengan sifat yang menakjubkan yang tidak pernah dipamerkan sebelumnya.
Nanoteknologi merupakan penemuan baru yang berlaku dalam skala nano (1-100 nm) yang menghasilkan produk dengan sifat baru yang berbeza. Ia lebih berkesan daripada bahan sama ada dalam keadaan pukal yang lebih besar atau atom yang lebih kecil.
Nanoteknologi merupakan satu fenomena aneh yang berlaku pada skala nano dalam keadaan yang kompleks, yang lebih penting, ialah fenomena tersebut mempunyai banyak penggunaan.
Secara ringkas, ilmu nano ialah ilmu halus. Bukan ilmu ghaib, tetapi ilmu fenomena seni yang berlandaskan fakta sains dan inovasi.
Dari perspektif eksploitasi industri dan penggunaan, nanoteknologi berpotensi menghasilkan produk dan proses hijau yang lebih kecil, pantas, pintar, murah, selamat, bersih dan mesra alam sekitar daripada yang sedia ada dalam pasaran.
Perkembangan nanoteknologi menghasilkan produk merentasi semua sektor. Daripada tekstil hingga ke elektronik.
Sehingga kini, terdapat lebih 1,000 produk nano dalam pasaran.
Antara produk yang telah dikomersialkan ialah bahan berstruktur nano logam, polimer dan seramik, mangkin, fabrik kalis kotoran serta bahan pengadang matahari.
Produk lain termasuk bahan pengikat gigi, dakwat pencetak resolusi tinggi, paparan kamera digital, televisyen paparan rata dan cakera keras komputer muatan tinggi.
Penggunaan nanoteknologi dalam rawatan dan pengolahan air, penghasilan, pengubahan dan simpanan tenaga, diagnosis dan imbasan penyakit, sistem penghantaran ubat-ubatan, pemantauan kesihatan, pemulihan pencemaran udara, pemprosesan makanan, peningkatan produktiviti pertanian dan kawalan dan penentuan serangga.
Teknologi ini akan membantu negara membangun seperti mencapai lima daripada lapan Matlamat Pembangunan Milenium dan menyumbang kepada sembilan daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Malaysia seharusnya terus menumpukan usaha ke arah pemerkasaan pendidikan dan pembangunan kepakaran, penyelidikan dan keusahawanan dalam bidang ini agar aktiviti nanoteknologi akan dapat meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat.
Semua peringkat masyarakat perlu memahami ilmu nano dan bersedia menghayati budaya nanoteknologi sepenuhnya.
Kesedaran dan penghayatan nanoteknologi memakan masa kerana nanoteknologi ialah satu pelayaran saintifik untuk masa hadapan.
Penubuhan Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND) di MOSTI pada tahun 2010, dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2011-2012, membuktikan komitmen kerajaan ke arah kemajuan ilmu nanoteknologi yang merentas bidang dan multidisiplin.
Hasrat dan tujuan inisiatif nanoteknologi telah diwartakan dalam Pernyataan Nanoteknologi Nasional iaitu kerajaan beriltizam menjadikan nanoteknologi sebagai jentera penggerak bagi pertumbuhan ekonomi baru, pembangunan mapan negara dan kesejahteraan masyarakat.
Inisiatif pembangunan nanoteknologi akan menyediakan platform bagi penyelidikan sains dan kejuruteraan, untuk mereka cipta produk dan perkhidmatan yang inovatif dan berpotensi untuk dipasarkan.
Nanoteknologi adalah bidang ilmu pengetahuan yang inovatif dan bersepadu.
Melalui lima Pernyataan Nanoteknologi Nasional iaitu pembudayaan nanoteknologi, pengukuhan penyelidikan dan inovasi nic negara, Peningkatan Kerjasama dan Jaringan Perhubungan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Akta, serta Promosi dalam pengkomersialan dan perindustrian ia akan menjadikan ia sebagai landasan utama untuk pembangunan negara.
Kesemua inisiatif sedang dilaksanakan oleh NND melalui Program NanoMalaysia.
Antara inisiatif utama ialah penubuhan Pusat NanoMalaysia (NMC) di Iskandar Malaysia yang akan meletakkan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu berkaitan nanoteknologi dan aplikasinya dan melaksanakan pemasaran dan perniagaan produk nanoteknologi buatan Malaysia yang dipacu oleh syarikat tempatan.
Perlaksanaan Program NanoMalaysia dijangka akan memastikan pencapaian objektif nanoteknologi untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu peratus (RM17 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.
Dengan kemajuan dan perkembangan yang telah bermula dalam banyak bidang penyelidikan, agak sukar untuk kita menolak potensi dan manfaat nanoteknologi.
Ternyata 60 negara di dunia yang telah melancarkan dan melaksanakan inisiatif nanoteknologi di negara masing-masing tidak seharusnya dianggap silap langkah.
Lumrahnya, seperti semua perubahan dan anjakan paradigma, jika berlaku, sudah pasti akan ada baik dan buruknya.
Semuanya terpulang kepada kita untuk menentukan hala tujunya sama ada untuk memberi manfaat atau musibah.
Sebab itu, modal insan yang berpengetahuan dalam ilmu sains asas sangat perlu sebagai persediaan untuk kita mengendalikan nanoteknologi.
Dengan pemerolehan ilmu melalui penghampiran yang betul, nanoteknologi boleh dibangunkan menggunakan panduan dan kawalan supaya teknologi ini tidak menyebabkan sebarang kemusnahan dan bahaya.
Dengan perlaksanaan yang terkawal, sama seperti sebarang teknologi baru, nanoteknologi dijangka akan dapat dilaksanakan dengan selamat dan memberikan manfaat kepada manusia sejagat, seperti mana yang dijanjikan.
Persoalannya, perlukah kita mengorak langkah dari sekarang untuk menikmati kesejahteraan hidup dengan nanoteknologi, atau, tunggu dan lihat dan sekali lagi ketinggalan? |
|
|
|
|
|
|
|
nanoteknologi merupakan teknologi berkuasa nano nano |
|
|
|
|
|
|
|
i penah tengok kat tv,robot nano bergabung menjadi orang atau robot gergasi... |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana pula dengan awan nano? |
|
|
|
|
|
|
|
untuk derive sesuatu element kepada particle bersaiz nano sgt susah...instrument utk pengesahan pun masih limited.. |
|
|
|
|
|
|
|
teknologi nano memang amat amat berguna di dalam bidang perubatan |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni ada diciptakan patch berliang roma bersize nano..utk 'suntikan' vaccine. jadi, da xyah guna jarum..gunekan patch ni aje |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# ayu_ludo
tak sangka dunia dh maju...pasni tak delah kesan BCG or whatever embedded on any of our skin... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|