|
Juara dunia menang GP Sepanyol semalam atasi saingan sengit HamiltonBARCELONA: Juara bertahan, Sebastian Vettel memandu jenteranya, Red Bull untuk merakamkan kemenangan tipis penuh dramatik mengatasi pemandu McLaren, Lewis Hamilton untuk menjuarai kejuaraan Grand Prix Sepanyol, semalam - gelaran Formula Satu (F1) keempat daripada lima kemunculan, musim ini.\rPemandu berusia 23 tahun dari Jerman itu menggunakan kelajuan semula jadi serta strategi bijak untuk memintas rakan sepasukan, Mark Webber selaku pendahulu selepas bermula dari petak kedua dan berjaya melepasi cabaran dilontar oleh Hamilton dalam saingan 66 pusingan itu.\r\n\n\n\n\r “Yabbadabbadoooo!,” jerit Vettel tanda gembira menerusi perbualan radio dengan ketua pasukan Red Bull, Christian Horner yang kemudian membalas: “Hebat Seb..kamu melakukan tugas yang hebat.”\r\r\n\n\n\n\n Ini adalah gelaran F1 ke-13 bagi Vettel sepanjang kerjaya untuk mendahului senarai pemandu dan juga pasukan dan ini adalah kali pertama seorang pemandu yang tidak bermula daripada petak pendahulu menjuarai GP Sepanyol dalam tempoh 11 tahun.\rHamilton menamatkan cabaran di tempat kedua manakala rakan sepasukan McLaren, Jenson Briton di tempat ketiga dengan Webber yang bermula di petak pertama hanya mampu di tangga keempat manakala bekas juara dunia, Fernando Alonso mendapat tempat kelima. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|