CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

Evans hairan kes doping Contador lama

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Pesaing Tour de France, Cadel Evans hairan mengapa kes doping Alberto Contador mengambil tempoh lama untuk diselesaikan dan berharap keputusan bakal ditentukan dalam masa terdekat.\rJuara tiga kali, Contador bebas untuk berlumba pada Tour de France, 2-24 Julai depan selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkata, penghakimannya berhubung ujian positif bahan terlarang ditangguhkan hingga Ogos.\r\n\n\n\n\r    Pelumba dari Australia itu yang dua kali muncul naib juara dalam perlumbaan jelajah berprestij dunia dan dianggap pesaing utama skuad BMC, meluahkan kekecewaannya dengan proses yang mengambil tempoh masa lama itu.\r\r\n\n\n\n\n    “Dalam banyak kes seperti seseorang itu dianggap bersalah atau tidak, saya hanya berharap keadilan akan terbukti,” kata pelumba 34 tahun itu.\r“Jika dia tidak bersalah, saya berharap dia dibuktikan tidak bersalah dan jika bersalah, dia berhak dihukum. Mengapa mengambil masa yang lama? Itulah persoalannya. Seperti orang lain, saya sedikit bingung.\r“Dalam tugas, kami dibayar apabila bergerak lebih laju tetapi dengan peguam, ia sebaliknya. Saya rasa anda perlu pasti dengan perkara sebegini dan pastinya perkara sebegini mengambil masa. Saya seperti mereka lain yang terbabit, mahukan keputusan... kami perlukan kesudahannya.”  - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.054524 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list