CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Cirit birit landa kontinjen SUKMA

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Atlit Melaka, Perlis mungkin termakan makanan tercemar, dihinggap lalat\rHARI pertama Sukan Malaysia (SUKMA) 2011 Kuala Lumpur memulakan tirainya semalam tetapi terdengar cerita kurang menyenangkan apabila masalah cirit birit melanda beberapa kontinjen.\r\n\n\n\n\r   Pengurus pasukan polo air wanita Melaka, Tay Chun Eng berkata, 11 atlit polo air lelaki dan wanita mengadu cirit birit mulai malam kelmarin dan sudah melaporkan perkara itu kepada pihak sekretariat.\r\r\n\n\n\n\n   “Malam tadi mereka makan di perkampungan sukan tetapi saya tidak rasa makanan itu basi, mungkin mereka makan hidangan yang terdedah dan dihinggapi lalat,” katanya.\rChung Eng berkata, semua atlit yang terbabit sudah dibawa berjumpa pihak perubatan yang banyak membantu sehingga mereka boleh menyertai perlawanan seperti biasa.\rSelain atlit Melaka, difahamkan ada atlit Perlis yang menghadapi masalah sama. \rSementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA Kuala Lumpur 2011, Datuk Ab Jalil Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu dan kini sedang menyiasat.\r\n\n\n\n\r“Maklumat awal yang kami peroleh ialah ada atlit yang turut membeli makanan di luar. Namun kami mengambil berat mengenai sajian makanan dan sedang menyiasat perkara ini,” katanya yang juga Pengarah Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.055166 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list