View: 145|Reply: 0
|
SUKMA XIV KL: Perlis rangkul emas pertama
[Copy link]
|
|
PERLIS merangkul emas pertamanya melalui acara silambam melalui A Shankiri dalam kategori 41-45 kilogram wanita apabila atlit cilik berusia 13 tahun itu memukau penonton dengan mengumpul 49 mata menewaskan lawannya dari Pahang, C Iswariyah yang mencatatkan 36 mata.\r“Saya sudah jangkakan dapat memenangi emas sebab saya mula menyertai sukan silambam sejak berumur lapan tahun. Pertandingan ini diharap dapat menambah keyakinan saya menyertai kejohanan yang lebih besar,\" kata Shankiri.\r\n\n\n\n Gangsa pula dikongsi atlit Sabah, Whfiney Constantia Kungin dan S Tarampreet Kaur dari Negeri Sembilan.\r\r Kategori 46kg-50kg wanita pula menyaksikan Kedah memenangi emas menerusi C Malathy manakala T Thurga Devi dari Pulau Pinang membawa pulang pingat perak selepas perlawanan sengit yang berkesudahan 41-38. Gangsa dimenangi G Hemamalini dari Wilayah Persekutuan dan M Komathy dari Negeri Sembilan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|