View: 162|Reply: 0
|
Gerhana warna 'darah pekat'
[Copy link]
|
|
Proses bulan ditutup bayang bumi berlangsung 100 minit\rLONDON: Ahli astronomi di Eropah, Afrika, Asia dan Australia, berpeluang menyaksikan gerhana bulan paling lama dalam tempoh 11 tahun dan yang pertama tahun ini malam semalam.\r\n\n\n\n\rAhli astronomi di Britian bagaimanapun tidak berpeluang menyaksikan peringkat awal gerhana, kerana ia berlaku sebelum bulan muncul. Matahari terbenam di Britain pada kira-kira jam 9.19 malam waktu tempatan.\r\r\n\n\n\n\nSebilangan penduduk yang cuba menyaksikan gerhana bulan di seluruh negara termasuk di Lake District dan London, kecewa apabila ia dilindungi awan.\rRamai di kalangan mereka berharap dapat menyaksikan gerhana penuh, apabila bulan ‘tenggelam’ dalam bayangan Bumi ketika ia bergerak ke ufuk dari Britain dan Ireland.\rPemerhati bintang di langit cerah di seluruh dunia berpeluang menyaksikan fenomena yang jarang dilihat apabila bayang-bayang bumi mula bergerak turun jam 6.24 petang dan naik semula sebelum tengah malam.\r‘Gerhana penuh’ iaitu apabila permukaan bulan ditutup sepenuhnya oleh bayang bumi, berlangsung selama kira-kira 100 minit. Kalangan saintis berkata, ia adalah tempoh paling lama sejak ia berlaku pada Julai 2000.\r\n\n\n\n\rPenduduk di Hemisfera selatan terutama Australia dan Asia Tenggara pula berpeluang menyaksikan pemandangan gerhana yang menarik berikutan awan debu dari gunung berapi di Chile.\rKrisis awan debu menyebabkan keadaan lalu lintas menjadi kelam kabut di Australia, dengan beratus-ratus penerbangan di seluruh wilayahnya terpaksa dibatalkan.\rRakyat Amerika bagaimanapun tidak berpeluang menyaksikan gerhana berkenaan. Gerhana bulan berlaku apabila Bumi membayangi keseluruhan bulan.\rKadangkala permukaan bulan boleh bertukar warna menjadi kemerahan, coklat tembaga atau oren, berikutan biasan cahaya matahari yang melintasi atmosfera.\rFenomena yang berlaku malam semalam dikenali sebagai ‘deep lunar eclipse’.\rNamun, kepekatan warna bergantung kepada jumlah abu dan debu di atmosfera, manakala saintis berkata gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa memerlukan perlindungan.\rDi beberapa negara Asia, orang ramai mula berpusu-pusu mencari lokasi sesuai kira-kira empat jam sebelum gerhana bermula manakala beratus-ratus ahli astronomi profesional dan amtatur berhimpun sebelum subuh untuk membuat pemerhatian.\rBagaimanapun, ada pihak tidak berminat dengan perubahan planet menganggap fenomena ini membawa malang. \rPentadbir di beberapa buah kuil Hindu dilaporkan menutup pintu bagi mengelak terkena ‘kuasa jahat’ daripada gerhana bulan. – Agensi\rINFO: Kronologi gerhana\rGerhana bulan penuh terakhir berlaku pada tahun 2000.\rDebu gunung berapi Chile jadikan warna gerhana bulan merah pekat.\rAda menganggap gerhana sebagai kuasa jahat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|