Dengarnya:Astro terbitkan juara antara juara AF?
2011/06/23
BANYAKsungguh perancangan Astro sekarang. Memang tak menang tangan dengarnya seluruh tenaga kerja di stesen televisyen satelit itu. Satupersatu program dirancang dan yang terbaru, Maharaja Lawak bukan hanya mencapai matlamat mencungkil pelawak berpotensi malah mempunyai pengikut tegar.
Dalam kesibukan mengatur strategi dan persiapan peringkat akhir Maharaja Lawak yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, dengarnya Astro bakal tampil dengan sebuah rancangan realiti baru yang seakan Maharaja Lawak.
Teruja sungguh Cik Normah, iyalah kali ini dengarnya mereka bakal menghimpunkan juara-juara daripada rancangan Akademi Fantasia (AF) bermula dengan Vince hinggalah Hazama yang juga pemenang AF9. Kiranya jika benar khabar itu, memang Cik Normah boleh menjangkakan sambutannya.
Tentu saja penonton yang membesar dengan AF terutama ketika fenomena Mawi mahu menyaksikan siapa di antara juara AF yang menyengat. Selain Vince, Hazama dan Mawi, juara AF musim terdahulu ialah Zahid, Mila, Hafiz, Faizal, Stacy dan Shahir.
Mesti meletop pentas AFnanti. Agak-agak apalah nama yang mahu Astro letakkan untuk program realiti yang menggabungkan juara-juara itu. Kalau Raja Lawak menjadi Maharaja Lawak, Akademi Fantasia pula mesti lebih gempak namanya.
Bukan itu saja, tentu tawaran hadiah lebih lumayan.Bagi Cik Normah, jika menjadi pelan berkenaan hasrat Astro mahu Akademi Fantasia meninggalkan kenangan terindah kepada penonton hanya dapat direalisasikan menerusi program baru itu.
Apa pun Cik Normah dan rakan-rakan lain akan bersabar menanti detiknya. Dijangka pengumuman mengenainya akan diadakan dalam tempoh terdekat.Barangkali selepas Maharaja Lawak berakhir atau ia bakal menjadi program perancangan mega Astro untuk 2011. Kita nantikan saja dan buat semua juara-juara AF, anda sudah bersedia?
nak wat macam maharajalawak ler 2 astro dh kering idea dh kot.....bil bkn main lagi tinggi....perkhidmatan nan hado.....kalo musim ujan ke...angin kuat ke..yg ner dok depan tv..astro jugat la yg kena maki
kalau tgk persembahan juara2 masa konsert akhir af9 yg lepas, mila antara yg terbaik sebenarnya.... kalaulah benar ada program ini... aku nak undian utk juara antara juara ini sama macam maharaja lawak... undian sms + undian juri....
3 juri tetap aku nak.... ramli ms, syafinaz dan juliza adzlizan.... .... tak perlulah juri jemputan.... menyemak.... juri awam pun tak perlu juga....
kalau cadangan aku plak..... 9 juara wajib.... dan pilih 5 peserta lagi utk mana2 musim mengikut standad kualiti (60%) + populariti (40%)... pilih finalis aje....
14 peserta aku rasa ok kot.... ....
aku rasa...antara finalis yg bukan juara tetapi ada kualiti ialah bob, farah, kaer, amylea, farhan, maulana.... finalis yg bukan juara tapi masih popular plak ialah adam, marsha, heliza, nubhan, akim, adira.... .... tapi pilih lima jer....