CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131751|Reply: 464

Update: Bapa Dr. Sheikh Muszaphar meninggal dunia@pg17

  [Copy link]
Post time 23-6-2011 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mea at 25-7-2011 07:13

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Tak Sabar Timang Anak
Ditulis oleh wahida othman    Khamis, 23 Jun 2011 11:47   



Menunggu kelahiran anak sulungnya yang dijangka akan lahir pada bulan hadapan, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui sangat teruja dan tidak sabar.

Sudah menghias sebuah bilik khas buat anaknya, Sheikh Muszaphar dan isteri bagaimanapun enggan membuat imbasan jantina anaknya kerana mahu ia menjadi kejutan untuk mereka berdua sewaktu anak itu lahir nanti.

"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti.


Sheikh Muszaphar tidak sabar menanti kelahiran anak sulungnya

"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.

"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya cepat dianugerahkan anak, jadi saya tidak sabar lagi untuk melihat anak saya sendiri.

"Saya juga bersyukur isteri saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan tidak mengidam perkara-perkara yang pelik. Sepanjang dia mengandung, Alhamdulillah, perjalanannya nampak mudah dan senang,"luahnya.

Bercerita tentang anak, jelas Sheikh Muszaphar dia tidak meletakkan satu-satu bidang khusus untuk anaknya nanti, malah sebagai bapa, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang diminati anaknya itu.

"Saya akan menyokong apa sahaja yang diminatinya, tidak kisah jika dia mahu menjadi doktor, dan sekiranya dia mahu menjadi angkasawan juga saya tidak keberatan,"jelasnya yang masih tidak mahu memikirkan tentang pelajaran anaknya terlebih dahulu.

Bagi Datin Dr. Halina pula, dia bersyukur apabila dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, sebagai ibu, Dr Halina sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kandungannya.

"Sepanjang mengandung, saya banyak membaca buku tentang otak bayi dan berinya mendengar ayat-ayat Al Quran dan muzik yang abik untuk minda bayi,"jelas Dr.Halina yang akan menghabiskan tempoh berpantang di Lembah kelang sahaja.

-manggaonline-





tahniah..berseri2 jek bini dia..... Last edited by mea on 7-9-2012 12:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 07:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by maxim at 23-6-2011 19:18

tahniahhhhhhhhhh


hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:12 PM | Show all posts
suka tgk Dr Halina ni
sentiasa ceria
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:12 PM | Show all posts
hahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 07:16 PM | Show all posts
hahahhaha
maxim Post at 23-6-2011 07:12 PM



    tahniah....

yiyip...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:16 PM | Show all posts
bestnya.. rezeki anak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 07:17 PM | Show all posts
wah dr sm walaupun lembut2 cepat pulak dapat anak .. tahniah la weh manisnya idup diserikan dengan kehadiran cahaya mata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 07:18 PM | Show all posts
Reply 6# zila_hakimie


    kan.....rezki dorang berdua gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 07:18 PM | Show all posts
tahniah....

yiyip...
mea Post at 23-6-2011 19:16


dah lame tak tgk prangai cenggitu

btter iols edit..kang ade gak nak pedajal iols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2011 07:18 PM | Show all posts
dah lame tak tgk prangai cenggitu

btter iols edit..kang ade gak nak pedajal iols
maxim Post at 23-6-2011 07:18 PM



    cepat noks.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:19 PM | Show all posts
tahniah lor...comel bini nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:23 PM | Show all posts
Reply  zila_hakimie


    kan.....rezki dorang berdua gak...
mea Post at 23-6-2011 19:18



    sama due dengan keket ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:23 PM | Show all posts
tahniah dr.sms ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:24 PM | Show all posts
Makin Comel,cantik dan berseri2 Dr.halina sekarang.....Alhamdulillah dan tahniah DSMS dan D.harlina... kerana Dikurniakan rezeki dr Allah S.W.T yang ternilai didunia ni...Lengkap dan sempurna kehidupan mereka berdua....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply 1# mea


   wah naik seri ibu mengandung, congratz docz!aku teka bb maybe boy coz muka mama dr tu sgt lerr cun compare time kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:26 PM | Show all posts
Tahniah...berseri2 bakal parent ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 07:30 PM | Show all posts
tembun dah bini dia..papepun congrats..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:42 PM | Show all posts
congratsss..mesti cute baby tu..bapak ensem..mak lawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:50 PM | Show all posts
lawa nya pompuan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 07:51 PM | Show all posts
tahniah utk diorg..
semoga selamat baby dilahirkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.077481 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list