View: 138|Reply: 0
|
Poksu Wan mara separuh akhir
[Copy link]
|
|
Hadiah untuk sepupu, Mael Kayu Kelat juga tempah tiket peringkat samaWAN Mohd Riduan Mat Nor mengesahkan tiket awal mara ke saingan separuh akhir bagi merebut tali pinggang 64 kilogram dalam pusingan awal Cabaran Muay Thai Kuala Lumpur Super 8 edisi kedua, hari ini selepas berjaya menumbangkan lawannya, Ain Kamaruddin, malam tadi.\rDia yang mewakili kelab Muay Thai Kirsty Ampang itu tampak berkeyakinan sejak awal pusingan pertama apabila berjaya melakukan sepakan kemas ke arah lawan sehingga menyebabkan seterunya itu rebah di gelanggang.\r\n\n\n\n\r Dikenali sebagai Poksu Wan, dia seolah-olah dapat membaca kelemahan lawan yang tampak sudah tidak berupaya meneruskan perjuangan merebut tali pinggang kategori 64kg dipertandingkan kali ini.\r\r\n\n\n\n\n Remaja kelahiran Rantau Panjang, Kelantan itu berkata kemenangan diperoleh malam tadi adalah tanda hadiah buat sepupunya yang juga juara kategori 60kg, edisi pertama lalu Wan Abdullah Wan Ibrahim kerana tidak dapat beraksi mempertahankan kejuaraan akibat demam campak.\r“Ini sebagai hadiah kepada Wan Lah kerana dia tidak dapat beraksi malam ini (malam tadi). Saya tahu dia kecewa kerana tidak dapat meneruskan perlawanan dengan lawannya Amirul (Ban Mero).\r“Saya akan melakukan yang terbaik dalam saingan separuh akhir esok (hari ini) demi sepupu saya,” katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa.\rSelain Poksu Wan, peninju dari Persatuan Tomoi Negeri Selangor, Ismail Ramli atau dikenali sebagai Mael Kayu Kelat juga menempah tiket ke separuh akhir menumpaskan Azmi Ibrahim dari kelab Arawan 357 Tumpat, Kelantan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|