CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 7

Anak PM Israel hina Arab, Islam di Facebook

[Copy link]
Post time 26-6-2011 08:54 AM | Show all posts |Read mode
2011/06/26BAITULMAQDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yair Netanyahu, 19, yang juga seorang jurucakap tentera Israel, ditegur pihak atasannya selepas didapati mengirim ulasan fitnah dan cemuhan ke atas masyarakat Arab dan umat Islam di laman Facebook.

Akhbar harian Haaretz melaporkan, Yair mengirim ulasan yang menyatakan bahawa umat Islam ‘menyambut kebencian dan kematian.’ Akhbar itu tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh akses kepada laman Yair.
Di laman sama yang dikirim selepas pejuang Palestin memasuki kawasan penempatan Tebing Barat dan menikam hingga mati lima anggota sebuah keluarga Israel, Yair menulis bahawa ‘keganasan mempunyai satu agama dan ia adalah Islam.’
Yair dalam kenyataan berharap ‘tidak akan ada sebuah negara Palestin manakala dua tahun sebelum itu, dia melancarkan kumpulan seramai 23 orang dalam Facebook yang menggesa pemulauan sektor perniagaan dan produk Arab.

Yair mengulas rancangan realiti televisyen Big Brother versi Israel dan supermodel Yahudi, Bar Refaeli, selain menyiarkan gambar dirinya bersama tokoh pemimpin antarabangsa seperti bekas Presiden Bill Clinton dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Satu kenyataan tentera berkata, seorang panglima perang Israel sudah bercakap dengan Yair ‘untuk menjelaskan beberapa peraturan tentera dan menyatakan kesalahan yang dilakukannya, sama seperti yang dilakukan ke atas mana-mana anggota tentera lain.

“Beberapa ulasannya menyalahi peraturan tentera dan dia sudah diarah memadamkan kenyataan politik selepas ditegur,” kata kenyataan itu.
Kenyataan fitnah itu menerima kecaman daripada pemimpin Palestin yang sekian lama meragui kenyataan Benjamin Netanyahu bahawa beliau bersedia memberikan hak kepada mereka untuk menubuhkan sebuah negara. – AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 10:58 AM | Show all posts
biasa la tu..nama pon yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 02:49 PM | Show all posts
Mana tumpah nya kuah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 09:04 PM | Show all posts
Reply 3# boyagombak

mana p pejuang2 islam kt mesia ni??
xkan senyap je kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 07:56 PM | Show all posts
celka punya israel.......:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 07:58 PM | Show all posts
Reply 5# Registration

umat islam xleh bt ape pon..
arab pon ikut telunjuk us...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2011 08:07 PM | Show all posts
Reply  Registration

umat islam xleh bt ape pon..
arab pon ikut telunjuk us...
serulingsenja Post at 27-6-2011 19:58


orang arab pun tak boleh buat apa..apatah lagi orang melayu kita nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:31 PM | Show all posts
melayu x kisah..
janji kuasa di tangan & kekayaan lg penting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073121 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list