|
LONDON: Pengendali Fulham, Martin Jol merasakan kelab lamanya Tottenham perlu memastikan Luka Modric (atas) terus kekal jika mereka mahu bersaing untuk berada dalam kedudukan empat teratas Liga Perdana musim depan.\rSebelum ini, Tottenham sudah mengumumkan tidak akan menjual Luka Modric walau berapa tinggi harga ditawarkan. Namun, Modric, 25, mengejutkan Spurs de-ngan mengumumkan dia mahu meninggalkan White Hart Lane - dan menyatakan Chelsea sebagai destinasi baru pilihannya.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, pengerusi Tottenham, Daniel Levi membalas dengan mendakwa pemain tengah itu bukan untuk dijual kepada mana-mana kelab, manakala bos kelab, Harry Redknapp me-nuntut Spurs membuktikan kepada Modric akan kemampuan mereka memenuhi cita-citanya.\r\r\n\n\n\n\nJol mengendali kelab White Heart Lane itu dari 2004 hingga 2007, dan terlepas had kelayakan Liga Juara-Juara selepas Arsenal mengambil alih posisi itu pada hari ter-akhir kempen 2005-06.\rJurulatih dari Belanda itu menyaksikan pemain tengah berbakat, Michael Carrick dijual kepada Manchester United pada musim panas tahun itu, dan tidak beberapa lama sebelum dia meninggalkan kelab, dia mendakwa lebih sanggup \"mati\" apabila dicadangkan supaya penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov menyusul jejak Carrick.\rJol merasakan kelab lama-nya perlu tegas dalam situasi Modric jika mereka mahu bersaing dengan Manchester City atau Liverpool dalam usaha merebut tempat dalam Liga Juara-Juara sekali lagi. \"Ramai berpendapat, jika menjual Carrick atau Berbatov, sama seperti menjual kelab. Di Belanda, ia mungkin satu pujian, tetapi bukan di England,\" katanya. - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|