CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6624|Reply: 34

Pejabat Facebook tidak semewah mana!

[Copy link]
Post time 30-6-2011 03:44 AM | Show all posts |Read mode
MENLO PARK, California - Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.

Terdapat banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan dalam bangunan ibu pejabat berkenaan.

Gambar-gambar ruang dalaman ibu pejabat baru Facebook yang dibina di kawasan seluas 23 hektar di sini disiarkan dalam laman web berkenaan awal bulan ini.

Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.


Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di premis barunya itu.

Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion). - Agensi

P/S:  patut opis lawa gitu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 05:51 AM | Show all posts
abistu dalam movie "Social Network" tu tipu aje lah ye?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 07:03 AM | Show all posts
jimat gitew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 07:57 AM | Show all posts
abistu dalam movie "Social Network" tu tipu aje lah ye?
bzzts Post at 30-6-2011 05:51 AM



Ye kot...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:15 AM | Show all posts
nmpk mcm under construction jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:48 AM | Show all posts
Office macam ini... patutlah taukenya kaya-raya. Pandai berjimat katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 01:09 PM | Show all posts
biar papa asal bergaya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:33 PM | Show all posts
biar tak bergaya, asal kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 06:20 PM | Show all posts
jima kekdahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:13 PM | Show all posts
ala..kalo keje sekadar mengadap lap top/pc jer.. perlu ker nak pasang kabinet.. nak pakai file file yang berlapis lapis atas mejaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:21 PM | Show all posts
2 billion?? 10 generasi makan pun x abis
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:58 PM | Show all posts
pandai dia brjimat2..

teringat plak aku kt opis lama dulu..
company mmg masyukk..iklan ari2 kluar kt tv..
tp kompeni pnyalah nk jimat..
computer pun pakai yg jenis lama2 pnya..
besar gedabak separuh saiz meja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:49 AM | Show all posts
emm jangan2 bonus pun x dak jimat gitew....



Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 11:05 AM | Show all posts
hmm..kedekut ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 11:45 AM | Show all posts
jauh beza dengan pejabat google......
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 09:01 PM | Show all posts
selagi gaji+bonus lebat, ofis buruk pon takpe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 07:36 AM | Show all posts
penah tgk dalam oprah, mmg x mewah mana, tp ok la... dtg opis x yah pakai tie blazer segala. just jeans, tshirt n sport shoes jerk. sempoi... nak buat camne, big bos muda, jiwa remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:58 PM | Show all posts
agaknya org nerd tak pandai hidup bermewah-mewah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:51 AM | Show all posts
selagi gaji+bonus lebat, ofis buruk pon takpe.
airwaves Post at 2-7-2011 21:01



yupp agreed hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:19 PM | Show all posts
selama ni..bayangkan, opisnya gah gitu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.215674 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list