CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Skuad bola jaring bakal berdepan laluan penuh berliku di Singapura

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RANJAU tetap berliku buat skuad negara yang bakal menggalas tugas berat dan mencabar menjelang  Kejohanan Bola Jaring Sedunia 2011 bermula di Stadium Tertutup di Singapura, hari ini.\rUndian bagi 16 pasukan bertanding menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama England, Malawi dan Barbados dan berdasarkan ranking dunia, Malaysia bakal berdepan dengan laluan sukar ke pusingan kedua.\r\n\n\n\n\r  Berdasarkan ranking dunia, England menduduki tangga ketiga, Malawi (7), Barbados (10) manakala Malaysia berada di tangga ke-23.\r\r\n\n\n\n\n  Jurulatih negara, Choo Kon Lee berkata, Malaysia akan berdepan dengan lawan lebih hebat dan berpeluang menguji corak perlawanan berbeza.\r“Harap kejohanan ini akan dapat memberi pengalaman bermakna serta input kepada skuad negara dalam membuat persiapan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia pada 2013,” katanya.\rTujuh daripada 12 pemain dalam skuad kebangsaan berusia bawah 21 tahun dan Choo meletakkan sandaran kepada ketua pasukan S Aruna dan Noorashikin Kamal Zaman untuk membimbing skuad negara pada kejohanan seminggu itu.\rMalaysia akan membuka kempen dengan menentang Barbados, Isnin ini dan kemudian bertemu Malawi pada hari berikut sebelum melengkapkan jadual menentang England, Rabu ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039738 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list