CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 9

Demonstrasi pulau pinang

 Close [Copy link]
Post time 2-7-2011 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.

Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memukul cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Bertindak kasar

Mereka juga bertindak kasar dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Selepas polis menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.

"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Kesesakan teruk

Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.

Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.



http://www.malaysiakini.com/news/168610

copy dari malaysiakini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 05:06 PM | Show all posts
hahaha adoiyai sentap jugak mereka ni ye.... ni baru '300' org... belum lagi berjuta2 nanti 9 julai

punyalah sentap sampai berpuluh2 benang mengenai isu yg sama di buka........ bak kata Mod Nixar pada antara sorang pembuka thread isu nih...... Bodoh

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 05:11 PM | Show all posts
hahaha adoiyai sentap jugak mereka ni ye.... ni baru '300' org... belum lagi berjuta2 nanti 9 julai; ...
AbukRokok Post at 2-7-2011 17:06



   
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 05:18 PM | Show all posts
Reply 3# ahkit


Jom ahkit...kita lumba kutip kredit...sabalom thread ini jugak dibungkuskan +1
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 07:27 PM | Show all posts
apela yang dorang dapat dgn  buat mcm tu?? apa yg perlu sama2 bekerjasama mcm mana nak bersatu semula...ni x, org ni kata org tu..org tu kata org ni....

masalah x akan selesai kalau sama2 dok menyalak kat bukit...bukit x runtuh, sndiri yg penat...

adakah tanda2 besar kiamat semakin terang skarang ni???
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by prof_x01 at 3-7-2011 12:30










Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2011 12:32 PM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:33 PM | Show all posts






iklan.......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2011 03:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by wolffer at 4-7-2011 15:09

  ,skrang faham ape pasal kawan melayu hot sama dia org.....



terima dari FB
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:58 PM | Show all posts
naya sapa yg guna jambatan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.543969 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list