View: 8283|Reply: 15
|
TUN HABIB ABDUL MAJID@ SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH 1V
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum forumers!
Adik bukak thread tentang Tun Habib Abdul Majid , iaitu Sultan Johor kedua selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II...So,kalau ada yang otai2 tentang sejarah tue..Harap sudilah untuk berkongsi pendapat ya?
Maaflah sebab adik nie darah baru setampuk pinang,umur pun baru setahun jagung..
TUN HABIB ABDUL MAJID BENDAHARA JOHOR,PUTERA ACHEH DAN ZURIYYAH RASULULLAH S.A.W |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tun Habib Abdul Majid adalah seorang Bendahara terbilang dalam kerajaan Johor Lama selepas Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka 1511.Beliau dikenali juga sebagai Tun Abdul Majid dan membawa gelaran Bendahara Seri Maharaja.Tun Abdul majid menjadi Dato'Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Kerajaan Johor Lama ke-9, yang memerintah pada tahun 1677 hingga 1685 di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Beliau dikaitkan dengan keturunan Zurriyah ahlul bait Rasulullah S.A.W.Tun Habib juga dikaitkan dengan keturunan Kesultanan Acheh melalui moyangnya seorang Sayyid yang berasal dari Hadramaut, Selatan Yaman.
Bendahara Tun Habib Abdul Majid dirakam dalam lipatan sejarah Kerajaan Johor Lama kerana peranan beliau menyusun semula pentadbiran istana,memulihkan hubungannya dengan Sultan Mahmud dan membuat hubungan perdagangan dengan Belanda yang menguasai Selat melaka, setelah beliau menguasai semula kedudukannya sebagai Bendahara dan Penasihat Kerajaan Johor Lama.
Pengkisahan sejarah tentang Tun Habib Abdul Majid lebih kepada sejarah penglibatan beliau dalam perebutan kuasa dengan seorang pemesar di istana Johor, iaitu Tun Abdul Jamil.Tun Abdul Jamil mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana,oleh itu beliau berjaya menguasai pemerintahan Johor Lama.Hubungan rapat ini kerana anak perempuan beliau telah berkahwin dengan Sultan Ibrahim,Sultan Kerajaan Johor Lama.Sungguh pun beliau merupakan seorang juak istana, melalui perkahwinan anak perempuan beliau dengan Sultan, beliau dianugerahi gelaran paduka Raja.,Sementalahan itu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang adalah cucundanya Tun Abdul Jamil. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
my ancestor...
sila rujuk Salasilah Muar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# 7teen
wahh
menarik.
citer mcm ne je pasal baginda ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan Tun Abdul Jamil yang mempunyai pengaruh yang kuat di istana Johor Lama telah menyebabkan peranan Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid diketepikan dan tidak berfungsi.Tun Habib Abdul Majid semakin hilang pengaruhnya apabila cucunda Tun Abdul Majid, Raja Mahmud Mangkat Dijulang telah dilantik menjadi Sultan Johor (Sultan Mahmud adik nyatakan sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang supaya lebih dikenalpasti).Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya mempunyai peranan dalam menentukan Perlantikan Sultan telah diketepikan oleh Tun Abdul Jamil.Beberapa jawatan penting istana disandang oleh Tun Abdul Jamil,nenda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Ketika Sultan Ibrahim mangkat,Raja Mahmud,cucunda Tun ABdul Jamil masih kecil , maka pemerintahan Kerajaan Johor dipangku oleh bondanya iaitu anak kepada Tun Abdul Jamil.Keadaan seperti ini menambahkan lagi pengaruh Tun Abdul Jamil di istana sebagai pemantau pemerintahan Kerajaan Johor dan juga sebagai penasihat Utama Bonda Sultan Mahmud. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tun Habib Abdul Majid merasa tidak puas hati dan merujuk perkara ini kepada Sultan Mahmud II Terengganu , pemegang regalia atau alat kebesaran diraja selepas Melaka.Di atas persetujuan Sultan Mahmud II,Tun Habib Abdul Majid telah mengatur pakatan untuk membunuh Tun Abdul Jamil.Pembunuhan ini telah dilakukan pada tahun 1688.Dengan kematian Tun Abdul Jamil, pengaruh dan kedudukan Tun Habib Abdul Majid telah pulih semula dan menguasai pemerintahan kerajaan Johor Lama.
Sebagai seorang bendahara yang mendapat semula kuasanya,Tun Habib Abdul Majid telah menyusun semula pemerintahan Kerajaan Johor Lama.Pentadbiran istana disusun semula,pembesar istana ditentukan bidang kuasanya, dan hubungan dengan Sultan Mahmud dipulihkan semula.Kegiatan perdagangan Kerajaan Johor dimajukan.
Johor menjadi negeri yang makmur.Kemajuan perdagangan Johor ini kerana Tun Habib Abdul Majid mengadakan hubungan dagang dengan Belanda pada tahun 1689.belanda mendesak supaya kuasa monopoli perdagangan diberi kepadanya.Pada mulanya,Tun Habib Abdul Majid menolaknya,tetapi akhirnya terpaksa akur kerana Johor mahu mencari sekutu bagi menghadapi serangan Jambi dan Acheh.
Tun Habib Abdul Majid terus menjadi Bendahara Johor sehingga pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Beliau meninggal dunia pada 20 Mac 1697 dan disemadikan di Kampung Makam,Kota Tinggi,Johor. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# 7teen
Sultan Mahmud II of Terengganu??
Masa tu dah ada sultan kat Trg ke? Abis tu, camner plak lepas tu anak THAM iaitu Tun Zainal Abidin bleh dilantik menjadi Sultan Trg?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# AadiGoth
Yang Mulia AadiGoth..Adapun adinda niey sekadar mencatat apa yang adinda baca..
Mohon perbincangan lebih lanjut..
Adinda kirakan YM AadiGoth lebih tahu...
Bukankah THAM itu adalah leluhur kanda YM? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# 7teen
xder maknanyer guna YM tu...seriau wehh... (Yahoo Messenger)
http://artmelayu.blogspot.com/2008/01/makam-tomb-of-bendahara-tun-habab.html
Sila rujuk Salasilah Muar...
http://202.190.177.17/archiver/?tid-352382-page-3.html --> IE find search aadigoth Firefox find aadigoth
Raja Temenggong Muar
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=481730
tu je la rasanya...kalu nak lagi best, beli buku Berpetualang Ke Acheh --> blog MerahSilu.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
aaah berpusing-pusing.. itulah yang memeningkan kepala.. yang perlu diambil jadi pengajaran maka ambillah.. supaya senang di kemudian hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN PERTAMA : TUN HABIB ABDUL MAJID BUKAN TUN HABAB (TUN PIKRAMA)
Tun Habib Abdul Majid bukan Tun Habab (Tun Pikrama_ dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu..
Sumber daripada buku-buku, manuskrip-manuskrip mahupun rekod-rekod lama seperti catatan rasmi Belanda dan British meletakkan nama Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana (mangkat pada 1697 M) sebagai Tun Habib Abdul Majid.Bagaimanapun terdapat perubahan yang ketara apabila penulisan-penulisan kontemporari mula menukar namanya kepada Tun Habab Abdul majid ataupun Tun Habab semata-mata.
Lucunya,sebilangan kecil penulis atau penyelidik sejarah kontemporari tidak dapat mengambil keputusan samada mahu menggunakan predikat Habib atau Habab, lalu menggunakan kedua-duanya sekali supaya selamat, langsung menjadi Tun Habib(Habab) Abdul Majid.Jelas di sini, terdapat kekeliruan tentang penggunaan nama-nama atau predikat-predikat tersebut.
Dewasa ini , penggunaan nama Tun Habab Abdul Majid sebagai mengenalkan Bendahara Padang Saujana rata-ratanya telah menenggelamkan terus nama tradisi Tun Habib Abdul Majid.Andaian ini dibuat mungkin kerana predikat Habib pada nama Tun Habib Abdul Majid itu seharusnya mengenalkannya sebagai seorang yang berzuriyyah dari Rasulullah S.A.W ( seperti juga predikat Sayyid) , sedangkan rata-rata para akademik atau pengkaji sejarah kontemporari tidak dapat menerima hakikat tersebut kerana tidak menemukan bukti-bukti yang kukuh.
Hakikatnya , sumber-sumber primer yang merujuk Bendahara Padang Saujana sebagai seorang Sayyid atau keturunan Rasulullah S.A.W terbukti ada, hanya memerlukan pengkajian lanjut serta penyelarasan sejarah.Malangnya hampir tiada inisiatif dibuat untuk membongkar perkara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# Ibnu_Sina01
Aah..Memang sejarah nie berpusing-pusing sikit..Sejarah yang lain-lain pun sama..
Cuma kalau nak dipastikan ianya sejarah dan bukannya dongengan mahupun lagenda..
Perlulah dikaji berkali-kali..Jangan hanya mendengar dan mengangguk..
Kita perlu berbincang..Sebab lain orang lain pendapatnya kan?
Salam perkenalan Ibnu_Sina01.. |
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN PERTAMA : TUN HABIB ABDUL MAJID BUKAN TUN HABAB (TUN PIKRAMA)
Tun Habib Abdul Majid ...
7teen Post at 10-7-2011 16:31
Penggunaan nama Tun Habab secara meluas dewasa ini menggantikan nama tradisinya Tun Habib Abdul Majid mungkin berpunca daripada penerbitan buku penulisan Prof.Dato' Dr.Muhammad Yusoff Hashim dan Dr.Aruna Gopinath berjudul Pahang Darul Makmur , 1800-1930 M yang telah menjejak dan menyusun salasilah keturunan Bendahara -Bendahara dari zaman Melaka langsung ke Johor dan akhirnya ke Pahang(kemudiaannya menerbitkan kesultanan Pahang Moden).
Pada rajah salasilah yang dilampirkan ,Bendahara Padang Saujana dikenalkan sebagai Tun Habib Abdul Majid ibni Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali.Lihat ilustrasi di bawah..(Tapi kat forum neyh adik akan taipkan saja yerk?Jangan marah erk?)
Rajah Salasilah...
1. Tun Muhammad (Tun Seri Lanang) Bendahara Paduka Raja (Dato'yang Ke Acheh) turun kepada
2. Tun Anum Bendahara Seri Maharaja(pertama),Tun Jenal Bendahara Paduka Raja (Dato'Sekudai)(kedua) dan Tun Mat Ali Bendahara Paduka Maharaja (ketiga)turun kepada
3. Tun Rantau Bendahara Seri Maharaja(pertama) dan Tun Habab(Tun Pikrama)/Tun Habib Abdul Majid(Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana)(kedua) turun kepada
4.Tun Mat Ali (Tun Sulong) Bendahara Paduka Raja Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 1V
Dalam konteks ini, pada manuskrip karangan Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang bertajuk Sululatus Salatin atau jolokannya Sejarah Melayu ,dimulai penulisannya dalam tahun 1612 Masihi,tercatat nama seorang bangsawan Johor, iaitu Tun Habab(Tun Pikrama)ibni Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali.
Maka dalam lampiran salasilah rangkaian bendahara-bendahara Melaka/Johor/Pahang pada buku Pahang Darul Makmur,1800-1930M telah diandaikan bahawa Tun Habab(Tun Pikrama) ibni Tun Mat Ali,Bangsawan Johor yang tercatat dalam Sejarah Melayu itulah orang yang sama dengan Bendahara Pahang Saujana Tun Habib Abdul Majid seperti yang digambarkan pada ilustrasi di atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
heheheh terima kasih kerana sudi taip dan copy and paste.. adapun yang mengetahui itu bukanlah semata untuk pengetahuan tetapi lebih dari itu.. makanya hargainyalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# AadiGoth
aadigoth ni keturunan sultan abdul jalil riayat shah IV?
or Raja Cempa Bukit Mor? |
|
|
|
|
|
|
| |
|