CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5349|Reply: 7

FT @ APM 2011

[Copy link]
Post time 19-7-2011 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by washere2 at 19-7-2011 17:04

tidak menonton atas kesibukan, tahniah FT selain simpati, harap FT ambil insiden ini sebagai pengajaran




Ditulis oleh wahida othman    Isnin, 18 Julai 2011 12:01   

file:///C:/DOCUME%7E1/ngnorz/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.png



[Faizal Tahir antara yang menjadi perbualan selepas tamat APM2011]

Ramai sudah menyaksikan Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) yang berlangsung di Max Pavillion Singapura malam jumaat lalu. Memulakan siaran seawal jam 8.30 malam,anugerah yang menghimpunkan bakat dan pemuzik-pemuzik tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura, dan Indonesia ini menutup tirainya sekitar jam 12 malam.

Tidak banyak boleh dibanggakan apabila mahu merumuskan keseluruhan majlis yang berlangsung lebih tiga jam ini, namun satu tepukkan harus diberi kerana usaha mereka untuk menghargai pemuzik-pemuzik ini tetap ada biarpun serba kekurangan.

Jom kita ikuti sedikit corat-coret yang berlaku disepanjang APM2011 berlangsung:

1) Di Malaysia, ramai yang mempersoalkan, mengapa persembahan penyanyi popular negara, Faizal tahir begitu teruk sedangkan lelaki itu adalah salah seorang penyanyi yang paling bijak dan kreatif dalam mencari kelainan sewaktu menjayakan sebarang persembahan.

2) Ulang kali penyanyi yang membuat persembahan menaiki pentas. Misalnya, Siti Nurhaliza, biarpun sudah menyampaikan lagu bersama Melly Goeslow dan Jaclyn, tetapi muncul semula beberapa minit kemudian dengan menyanyikan lagu terbaru beliau, begitu juga Jaclyn victor dan beberapa orang penyanyi lain. Ia kelihatan seperti kucar kacir.

3) Pentas kelihatan begitu kosong, dan tidak se'gah' pentas-pentas anugerah yang lain,dan ia jelas berbeza dengan APM tahun-tahun yang lepas.

4) Tidak ramai artis yang hadir, terutamanya artis dari Indonesia. Trofi mereka diambil oleh wakil-wakil mereka yang hadir pada malam itu.

5) Ada yang mendakwa,APM kali ini telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu, sehingga menyebabkan beberapa persembahan artis dilihat begitu teruk terutamanya Faizal Tahir.

6) Biarpun ramai yang kurang mengemari Didie Alias dan pakaiannya yang kelihatan agak teruk sewaktu mengendalikan majlis ini, namun perlu diakui Didie Alias mampu mewarnai majlis dari terus kelihatan kusam dan terlalu serius.

7) Siti Nurhaliza diumumkan sebagai Artis Serantau Paling Popular Selama Sedekad dan namanya juga diumumkan tidak lagi bertanding di tahun-tahun hadapan untuk kategori Artis Serantau Paling Popular. Ramai yang mempertikaikan perkara itu kerana Siti masih lagi berkarya dalam industri ini, jadi tidak wajar beliau di ketepikan. Namun, segala keputusan telah pun di tetapkan oleh pihak APM.



[Tahniah SIti Nurhaliza!]

Senarai pemenang-pemenang pada malam itu:


VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)

Sandhy Sondoro, Bunga Mimpi


VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)

Amanda Imani, Selamilah Cinta



VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)

Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet, Kalau Berpacaran


KOLABORASI TERBAIK

Sayang, Dayang Nurfaizah & Marcell, Komposer: Omar K, Penulis Lirik: Nuur Iman


ARTIS LELAKI TERBAIK

Faizal Tahir, Adrenalin



ARTIS WANITA TERBAIK

4. Rossa, Harmoni Jalinan Nada & Cerita



DUO/KUMPULAN TERBAIK

3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila, 3 Suara



ALBUM TERBAIK

Energi, Kotak



LAGU TERBAIK SINGAPURA

Lagu Teman, The Lion Story feat. Zahidah, Komposer: Haramain Osman,  Penulis Lirik: Haramain Osman



LAGU TERBAIK MALAYSIA

Awan Nano, Hafiz, Komposer: M Nasir, Penulis Lirik: Buddhi Hekayat


LAGU TERBAIK INDONESIA

Cintailah Aku Sepenuh Hati, Ari Lasso, Komposer: Sandy Canester & Pay, Penulis Lirik: Ari Lasso


ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR

Hady Mirza



LAGU SINGAPURA PALING POPULAR

LP1: Angkasa, Hady Mirza



ARTIS SERANTAU PALING POPULAR

Hady Mirza



LAGU SERANTAU PALING POPULAR

Angkasa, Hady Mirza



ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK

Melly Goeslow



ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SELAMA SEDEKAD

Dato’ Siti Nurhaliza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 05:21 PM | Show all posts
ku gumbira dlm tangisan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 05:33 PM | Show all posts
APM mlm tu mmg teruk..byk sangat teknikal error..hhmmm...harap2 blh perbaiki next year...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 11:34 AM | Show all posts
http://www.gua.com.my/hiburan/be ... Kenduri_Kahwin.html

Anugerah Planet Muzik 2011 (APM2011) yang berlangsung di Max Pavillion, Singapura pada 15 Julai lalu masih hangat diperkatakan sehingga sekarang walaupun hampir dua minggu majlis anugerah itu telah melabuhkan tirai. Rata-ratanya mengeluh dan mengkritik tentang sistem bunyi yang teruk, persembahan yang membosankan, pencahayaan yang tidak menarik serta pentas yang tidak cantik.

Pemenang anugerah Artis Lelaki Terbaik APM2011, Faizal Tahir merupakan antara artis yang menerima kritikan paling pedas ekoran persembahannya yang teruk pada malam tersebut. Bukan setakat itu saja, lebih teruk, Faizal turut dihentam oleh peminat sehingga menganggap beliau tidak layak untuk menerima anugerah tersebut.

GUA berpeluang bertemu dengan pelantun lagu "Mahakarya Cinta" itu ketika majlis pelancaran program Ramadhan TV3 dan TV9 di Restoran Ibunda, Bukit Bintang sebentar tadi. Kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan perihal isu tersebut.

“Terus-terang saya cakap, APM baru-baru ini adalah yang paling teruk pernah saya buat. Saya tak pernah buat dengan sistem bunyi yang begitu teruk sekali, dah macam kat kenduri kahwin kampung. Sepanjang lima tahun saya dalam industri, tak pernah dapat macam itu.

“Saya berani kata, saya tak akan sertai APM yang seterusnya jika masih banyak lagi kekurangan. Jika macam inilah anugerah berprestij, mungkin saya tak akan lakukan lagi. Saya harap mereka boleh terima dengan fikiran yang terbuka supaya pada masa akan datang, mereka boleh perbaiki lagi,” jelas Faizal yang menolak kononnya dia disabotaj kerana namanya tidak dipanggil untuk menerima anugerah.

“Saya tak nak cakap disabotaj. Jika mereka sabotaj, itu antara mereka dengan Tuhan. Saya juga tak minta dilayan seperti ‘rockstar’. Sekurang-kurangnya, panggillah nama saya lebih awal. Ini tidak, saya sampai tak tahu saya naik atas pentas untuk anugerah apa yang saya terima.

“Bukan itu saja, ketika persembahan, tak ada siapapun yang beritahu saya suruh ‘standby’. Saya sendiri dah sedia dengan band dan pelik kenapa lagu saya main lama sangat. Orang boleh fikir rasional kenapa dalam 10 persembahan yang saya buat, kenapa satu saja yang teruk? Tak apalah, orang di sana saja tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Bukan saya saja yang mengeluh, artis lain juga mengadu perkara yang sama. Ini bukan masalah saya tapi pihak penganjur. Bagi saya, mereka merupakan produksi yang besar, jadi bila nak buat acara yang besar, kredibiliti itu penting. Penganjur sendiri dah minta maaf kepada saya selepas persembahan dan saya tak ada masalah dan tak berdendam apa-apa.”
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 27-7-2011 12:26

Jawablah!: Jangan cetuskan kontroversi
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Berita Harian
2011/07/27



TIDAK pernah dia menyangka bahawa muzik video Karma nyanyiannya yang disiarkan di TV dan laman sosial Youtube mendapat maklum balas kurang baik daripada penonton.

Puncanya, babak anak perempuan membunuh bapa sendiri yang dipaparkan dalam klip itu disifatkan sebagai melampau dan kurang sesuai sebagai tontonan masyarakat.

Walaupun niat asalnya adalah untuk memberi kesedaran dan menerangkan makna sebuah karma, ternyata mesej yang cuba disampaikan penyanyinya, Faizal Tahir tidak dapat diterima. Malah, ramai menganggap penyanyi itu tidak dapat membezakan antara karma dan dendam.

Ketika dihubungi Hip, penyanyi berusia 32 tahun ini tetap mempertahankan pendiriannya menghasilkan klip video Karma dan meminta mereka yang tidak berpuas hati supaya menonton sehingga selesai untuk mengetahui kebenarannya.

Sambil menegaskan bahawa apa yang dilakukannya mempunyai maksud mendalam, Faizal juga meminta penonton supaya membuka minda mereka untuk melihat video muzik itu lebih jauh dan bukan sekadar pencetus kontroversi.

Hip: Ramai yang mendakwa klip video Karma mempunyai membawa mesej kurang baik dan mengelirukan penonton. Komen Faizal.
Faizal:
Idea menghasilkan video muzik Karma ini muncul selepas berbincang dengan Audi Mok. Kami bersetuju dengan konsepnya kerana ia jelas memaparkan makna karma itu sendiri. Memang ramai menghubungi saya mengatakan video muzik itu mengelirukan kerana ia bukan menjelaskan mengenai karma tetapi lebih kepada dendam. Bagi saya, apa yang disiarkan menerusi klip video itu tiada apa yang mengelirukan. Malah mesej disampaikan pun jelas iaitu buat jahat di balas jahat. Di penghujung cerita, saya turut paparkan babak anak yang membunuh bapa kandungnya itu dibawa ke muka pengadilan dan bukannya dia terlepas begitu saja. Apa yang saya maksudkan mengenai karma adalah hukuman Tuhan  ke atas hambaNya yang melakukan dosa besar. Memang benar, karma adalah hukuman Tuhan kepada manusia, bukannya manusia kepada manusia. Namun harus diingat, hukuman yang diterima oleh pelakon berkenaan dalam video muzik itu datang daripada Tuhan. Cuma Tuhan menyalurkan hukumannya itu menerusi manusia iaitu watak gadis yang dilakonkan Iqa Mentor.

Hip: Apakah muzik video ini sengaja dibuat begitu supaya mencetuskan kontroversi sekali gus popular sekelip mata?
Faizal:
Saya tidak berniat begitu dan sewaktu pembikinannya, saya tidak menyangka video muzik ini menerima maklum balas negatif dan mencetuskan kontroversi. Bagi saya, setiap kali menghasilkan video muzik, saya akan pastikan ia bukan dibuat ala kadar dan tiada jalan cerita. Disebabkan itulah muzik video itu digarap sedemikian rupa. Isu sebenarnya adalah sejauh manakah keterbukaan penonton dalam memahami video ini. Mereka sepatutnya membuka minda supaya melihat video muzik ini dengan lebih meluas.

Sistem bunyi APM teruk

Hip: Adakah komen negatif seperti ini akan menyekat kreativiti Faizal berkarya pada masa akan datang?
Faizal:
Saya berterima kasih kerana membangkitkan isu ini. Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penjelasan kepada peminat yang keliru dengan video muzik itu. Ia tidak akan menghalang saya menghasilkan video muzik berkualiti dan ada mesej kuat. Kalau anda perasan, saya jarang menghasilkan lagu cinta yang ringan serta video muzik menggambarkan pasangan kekasih berpegangan tangan. Saya tidak akan buat sebegitu. Muzik saya diibaratkan seperti mesej dan sudah tentu ia perlu disertakan dengan video yang mantap untuk menguatkan mesej itu.

Hip: Ketika Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura pada 15 Julai lalu, Faizal dilihat tidak bersedia ketika mahu mengambil hadiah. Nyanyian Faizal juga dikatakan sumbang terutama ketika menyampaikan lagu Selamat Malam. Boleh jelaskan?
Faizal:
Terus terang saya katakan, itu semua salah produksi. Bayangkan tiada siapa yang memberi panduan kepada saya walaupun pengurus pentas mengenai perjalanan acara itu. Bayangkan ketika nama saya diumumkan, saya memang tak perasan sehinggalah terdengar lagu saya dimainkan di atas pentas untuk masa yang lama. Rupa-rupanya nama saya diumumkan sebagai pemenang. Perkara itu berlaku kerana kedudukan bilik menunggu dan pentas utama cukup jauh sehingga saya terpaksa berlari untuk naik ke pentas. Saya bertanya kepada Linda Onn yang menjadi penyampai waktu itu berkenaan kategori apa yang saya menang kerana saya sendiri tidak pasti disebabkan saya dicalonkan untuk tiga kategori. Mengenai nyanyian sumbang, saya akui perkara itu. Tapi itu semua disebabkan sistem bunyi yang teruk. Monitor di atas pentas tidak berfungsi dengan baik, begitu juga monitor di telinga saya. Sudahlah waktu latihan, apa yang saya mahukan, tidak dipenuhi. Saya akui, persembahan malam itu adalah yang paling hancur dalam sejarah kerjaya seni saya.

Hip: Masih berminat jika diundang untuk menjayakan persembahan malam kemuncak APM pada masa akan datang?
Faizal:
Jika mereka masih tidak berubah dan tidak profesional dalam penganjuran, saya rasa ini adalah kali terakhir saya menyertai APM. Cukuplah dengan pengalaman yang saya tempuhi sebelum ini. Saya tak mahu kejadian yang sama berulang kembali kerana tak mahu nama dan karier saya terjejas disebabkan sikap tidak profesional orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 01:47 PM | Show all posts
harap ft bersabar dengan semua ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2011 01:51 PM | Show all posts
boikot jerr laaa APM pasni.......x rugi pon.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 08:21 AM | Show all posts
APM 2011 terakhir untuk Faizal

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar FATAH SULAIMAN



BUKAN mahu berlagak, tetapi sebagai seorang karyawan muzik, Faizal Tahir berhak memberikan justifikasi.

BIARPUN Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) sudah berlalu pada 15 Julai lalu, namun ramai yang masih lagi memperkatakan tentang acara hiburan yang telah diadakan di Singapura itu.

Lebih banyak yang negatif daripada positif yang dikhabarkan tentang APM 2011. Namun, penganjuran APM kali ini nampaknya telah memberikan tamparan yang cukup hebat buat penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir.

Ternyata, APM 2011 telah meninggalkan impak yang bukan kecil untuk Faizal apabila dikritik dan dikecam hebat gara-gara gagal memberikan persembahan yang mampu membanggakan negara.

Alam maya cukup sesak pada waktu itu apabila ramai yang mempersoalkan tindakan Faizal yang dilihat telah mencalarkan namanya sendiri.

Mana tidaknya. Sebelum ini, trek rekod Faizal memang cukup cemerlang dalam mana-mana acara anugerah seandainya dia diberi peluang membuat persembahan.

"Saya sebenarnya cukup kecewa dengan apa yang berlaku. Seboleh-bolehnya saya juga tidak mahu lagi mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya menganggapnya sebagai mimpi ngeri yang mahu dilupakan dengan segera.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, APM 2011 adalah yang terakhir untuk saya dan tidak mungkin saya akan membuat persembahan di acara itu lagi.

"Jika selepas ini, pihak penganjur tidak lagi mahu menyenaraikan karya saya untuk dipertandingkan, saya sudah tidak kisah lagi. Bagi saya, apa yang berlaku telah menjejaskan maruah saya sebagai seorang penghibur.

"Persembahan pada malam itu juga saya sifatkan sebagai persembahan terburuk saya sepanjang saya bergelar seorang penyanyi," katanya dalam nada tegas namun penuh diplomasi.

Faizal yang merupakan naib juara One In A Million musim pertama itu ditemui pada majlis pelancaran Sesuci Fitrah TV3 dan Ramadan Di Hatiku TV9 di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, bapa kepada empat orang cahaya mata itu menjelaskan masalah sistem bunyi telah mencacatkan perjalanan persembahannya malam itu.

Bukan hanya dirinya, malah pemuzik pengiring Faizal iaitu The Royal FT Force juga berdepan dengan masalah serupa sehingga menyebabkan nyanyiannya kedengaran sumbang sewaktu menyampaikan lagu Hanyut dan Selamat Malam.

Apabila memperkatakan tentang perihal ini, Faizal memberitahu kesilapan terletak kepada pihak produksi yang disifatkannya tidak begitu profesional menjalankan tugas mereka dengan baik.

Sehinggakan, Faizal sendiri tidak sedar apabila namanya diumumkan sebagai Artis Lelaki Terbaik memandangkan tiada pihak yang memberi arahan kepadanya untuk bersiap sedia naik ke pentas.

"Sudahlah jarak dari bilik menunggu ke pentas jauh sehinggakan saya terpaksa berlari. Kemudian dalam keadaan tercungap-cungap itu jugalah saya perlu bersedia untuk membuat persembahan selepas itu.

"Mengenai persembahan saya pada malam itu, belum pernah saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Masalah mula timbul sejak dari hari latihan lagi apabila apa yang saya mahukan tidak dipenuhi oleh mereka.

"Akhirnya, ia tidak berjalan dengan lancar seperti mana yang saya mahukan apabila bukan satu tetapi lapan monitor tidak berfungsi dengan baik pada malam acara itu," cerita Faizal yang kini cukup popular dengan lagu Karma ciptaannya bersama Audi Mok.

Disebabkan kekecewaan yang teramat sangat itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta itu tertinggal trofi kemenangannya di bilik hotel.

Dalam masa yang sama, Faizal juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mahu menunjuk lagak atau pun bersikap seperti seorang rockstar apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini.

"Saya lakukan bersebab dan semuanya justifikasi daripada pihak saya berhubung dengan apa yang berlaku. Saya percaya kalau artis lain yang berdepan dengan masalah serupa, pasti akan melahirkan rasa tidak puas hati mereka," ujar bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana ini dengan maksud yang cukup dalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.062727 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list