Post Last Edit by RomizalRosle at 23-7-2011 13:44
salah 1 dari 10 telemovie tribute to P.Ramlee yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. berjudul MIANG BULUH KELADI BIRAH sudah selesai proses pengambaran dan penyuntingan. telemovie ini yang pertama akan disiarkan dari telemovie tribute to P.Ramlee di TV2 September akan datang. waktu tayangan akan diupdate nnt...
CERITA & SKRIP : MAZELAN MANAN
PELAKON :
EYKA FARHANA
HANIS KAMAL BAKAR
WAN NOR AZLIN
SAHRONIZAM NOOR P.J.K
DIAN P RAMLEEFATIN
JURUKAMERA : AHMAD REEDZUAN BIN RAHMAD
JURUAUDIO : MOHD RIZAL BIN ABDUL MANAF
JURULAMPU : MOHD FAIRUZ BIN KAMARULZAMAN
PULLER : MUHAMMAD BIN TUMIRAN
PENYUNTING : ROMIZAL MOHAMAD HJ ROSLE
LAKON TV & ARAHAN : BADE HJ.AZMI
TAJUK LAGU : ITULAH SAYANGPENYANYI : TAN SRI DR P.RAMLEE
LAGU : TAN SRI DR P. RAMLEE
LIRIK : JAMIL SULONG HAK CIPTA LAGU /LIRIK : EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
Sedikit sinopsis :
Anisah (WAN NOR AZLIN), seorang penulis skrip mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjaga tanah dan rumah pusaka yang terletak di sebuah perkampungan nelayan. Anisah tinggal berjiran dengan Jalal (SAHRONIZAM NOOR), seorang duda. Setelah beberapa bulan berada di sana, Anisah dan Jalal menjalin hubungan mesra.
Bagaimanapun niat mereka untuk berkahwin ditentang oleh anak masing-masing, Daniel (HANIS KAMAL BAKAR) dan Fara (EYKA FARHANA). Daniel kurang senang dengan Fara kerana sikap Fara yang agak kasar dan sentiasa bermusuhan dengannya sejak mula pindah ke situ.
Fara sebenarnya dalam diam menyukai Daniel. Bagaimanapun satu hari, dia terdengar Daniel mengutuk sikapnya pada kawan baiknya Mariam (FATIN), anak kepada Mak Som (DIAN P.RAMLEE) dan bermula dari itulah Fara yang kecewa mudah tersinggung dengan Daniel.
Bagaimanakah Anisah dan Jalal memujuk dan mencari penyelesaian agar anak mereka membenarkan hubungan mereka? Adakah Fara terus menaruh harapan kepada Daniel dan menjadikan ia sebagai alasan ayahnya tidak boleh bersama dengan mak Daniel? semuanya akan terungkai dalam Telemovie MIANG BULUH KELADI BIRAH yang bakal menemui anda di rtm nanti. info tentang bila ditayangkan akan diupdate nnt...
lain-lain info pasal telemovie lain juga ada diupdate di www.suhanpost.co.nr atau http://spostenterprise.blogspot.com/
|