View: 196|Reply: 0
|
Konsert Rabbani di Kajang
[Copy link]
|
|
Anjur majlis tahlil, Yasin untuk Allahyarham Asri pada 13 OgosKUMPULAN Rabbani bersama-sama dengan penyanyi terkenal bersuara lantang, Aishah, Saujana, Nowseeheart dan Inteam bergabung menjayakan Konsert Ana For Gaza di Stadium Kajang, Kajang, esok (30 Julai), jam 8.30 malam. \rTurut muncul dalam konsert ini ialah Datuk Siti Norbahyah dan Datuk Dr Ibrahim Ghaffar. \r\n\n\n\n\rKonsert itu adalah sebahagian daripada karnival sebelum menyambut Ramadan hasil inisiatif Ana Edar Sdn Bhd dengan kerjasama Rabbani Production Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Ia diadakan bagi mengisi Tabung Untuk Gaza. \rKarnival yang menyediakan pelbagai cara menarik diadakan bermula hari ini (29 Julai) hingga 31 Julai, bermula jam 8.30 pagi sehingga tengah malam. \r\n\n\n\n\n\rPengarah Komunikasi Korporat yang juga anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, aktiviti amal menerusi konsert itu bukan kali pertama yang mereka sertai, malah sentiasa berusaha mengadakan pelbagai kelainan untuk menarik lebih ramai pengunjung hadir dan menghulurkan sumbangan.\r“Kalau tahun lalu, Konsert Untuk Gaza yang kami anjurkan menarik hampir 15,000 pengunjung dan kami berjaya mengumpul RM40,000 untuk disalurkan dalam Tabung Gaza.\r“Kali ini sudah tentu kami berusaha untuk meningkatkan lagi usaha mengumpul sebanyak yang boleh sumbangan itu untuk diisi dalam tabung yang sama. Kebetulan karnival dan konsert ini diadakan menjelang sambutan Ramadan,” katanya. \rSempena Ramadan juga, Azadan berkata, Rabbani terus mendapat kepercayaan daripada Hotel Singgahsana di Petaling Jaya untuk menghiburkan tetamu pada majlis berbuka puasa di hotel berkenaan.\r“Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kami dilantik oleh Hotel Singgahsana untuk menghiburkan tetamu yang berbuka puasa di situ. Kali ini kami akan menyediakan persembahan yang sedikit berbeza daripada tahun sebelum ini, iaitu mengikut tema perjuangan Islam Sejagat.\r“Kami akan menggunakan kostum yang mewakili negara Islam pada persembahan dan tidak ketinggalan mengundang beberapa artis untuk untuk sama-sama ke pentas dengan Rabbani,” katanya. \rIni adalah kali ke-21 kumpulan Rabbani mengadakan dipilih hotel berkenaan untuk menghiburkan tetamu berbuka puasa di situ.\rAzadan juga menjelaskan, mereka sedang merancang untuk mengadakan hari istimewa iaitu pada 13 Ogos nanti kepada Allahyarham Mohd Asri Ibrahim yang sudah tiga tahun meninggal dunia. Mohd Asri adalah pemimpin dan vokalis utama Rabbani.\r“Pada hari itu nanti (13 Ogos), sebelum membuat persembahan, kami akan mengadakan bacaan Yassin dan tahlil pada pukul 6.30 petang. Kami memang sentiasa terkenangkan arwah Asri dan merinduinya, lebih-lebih lagi apabila menjelang Ramadan ini,” katanya yang berharap ada pengunjung atau peminat Rabbani dapat menyertai majlis itu kelak. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|