CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 0

penyanyi 60-an hasnah haron meninggal dunia - al-fatihah

[Copy link]
Post time 1-8-2011 01:43 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: PENYANYI tahun 60-an yang pernah popular dengan lagu Bersedih, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam 8 pagi ini di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

Rakan seangkatannya, Datuk A Rahman Hassan berkata, walaupun pemergian Hasnah sememangnya dijangka, namun beliau dan isterinya yang juga kawan rapat kepada Hasnah, Datin Azizah Mohamad turut bersedih dan merasakan kehilangannya.
"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.
"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya.

"Selain itu, pada hujung Mei lalu, kami sempat meluangkan masa makan bersama di Kuala Lumpur dan itulah kali terakhir kami menghabiskan masa bersama, selepas itu kami tidak mempunyai kesempatan sehinggalah hari ini mengetahui berita mengenai pemergiannya," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038229 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list