CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Tempurung Pecah: Mencari keagamaan dalam filem Mat?

[Copy link]
Post time 2-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Tempurung Pecah: Mencari keagamaan dalam filem Mat?Oleh Mamat Khalid 2011/08/02\n\n\n\n\n\n\n\nDAN, pencarian yang semestinya harus jujur. Aku mahu mengurai babak dan kata bual mahupun semiotik keagamaan yang diselitkan melalui filem. Wajarkah filem yang sifatnya begitu dekat dengan dunia hiburan cuba disuarakan dengan satu nafas keagamaan?\rBerat kerja itu. Setahu aku setiap yang dipamerkan dengan cita rasa untuk berhibur sudah dilabelkan sebagai bukan kerja agama. Tiada tapi atau mungkin alasannya itu. Agama bukan untuk berhibur dan hiburan bukan sifat agama. Sekali lagi berat kerja pencarian ini.\r\n\n\n\n\rKalau kita selidiki pada zaman Rasulullah s.a.w dulu, batas hiburan itu berkisar kepada nyanyian iringan paluan gendang golongan lelaki sahaja. Itu umumnya. Namun,  terdapat cerita-cerita yang mengenangkan bagaimana Baginda mengiyakan satu nyanyian golongan hawa yang dibenarkan Baginda atas dasar menyambut kegembiraan satu pernikahan. Wallahualam. Yang jelas, hiburan jenis bersukan sudah tentu digalakkan untuk menajamkan akal dan jasmani umat. \r\r\n\n\n\n\nKini yang aku ingin mencuba cari adalah ruang hiburan keagamaan di dalam dunia perfileman. Seperti tidak serasi saja alirannya di dalam satu ayat ini aku rasa. \rAtas rasa kebingungan itu juga, aku menggagahkan diri mengharap ehsan bertemu tokoh yang disegani Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak. Satu pertemuan yang membuka luas kotak akalku. \rSatu fussion penzarahan seni bercambah dengan perjumpaan itu. Kata nasihat dan buah akal yang disuarakan Tan Sri Harussani menerangkan kesamaran yang sering mengusik responseku dengan permintaan dan tanggungjawab karya beragama.\rAku memberitahu beliau, aku akan menjalankan penggambaran filem kesembilan tidak lama lagi. Lumrah aku, bumi Perak menjadi lokasinya. Aku sepatutnya dari dulu lagi bertemu untuk meminta nasihat dan pandangan beliau di dalam dunia perfileman yang aku ceburi ini, namun rasa kerdil yang amat sangat membantutkan segala usaha mendekatkan diri ini dengan kecemerlangan beliau. Kini alasan aku kukuh. \rAku akan membuat sebuah cerita anak-anak buas bebas yang berada di alam nazak! Mengembara ke alam semi-barzak yang membakar takutnya. \r\n\n\n\n\rYang menggigil sejuk seramnya. Dipenuhi makhluk yang akan menjemput mereka apabila mati nanti. Helah muslihat syaitan yang masih ingin menyesatkan umat pada saat akhir pemergian mereka!\rBerat topik yang aku ingin visualkan. Berat tanggungjawab kebenaran yang cuba aku kupas dengan tidak menghilangkan elemen hiburan di dalamnya. Seperti yang aku tulis di awal tadi, mencari hiburan di dalam agama? Aku perlu satu kepastian. Dan kepastian yang dicapai adalah niat pembikinan itu sendiri.\rJika niat besarnya adalah untuk menyedarkan sesama agama, salutlah ia dengan hiburan. \rJika dengan hiburan itu dapat menyelamatkan anak cucu kita ke jalan yang lebih indah dan bermakna, kenapa perlu sangsi?\rDan hiburan itu pula perlulah tertib. Bukan diada-adakan dengan berlebihan dan memualkan. Tapi aku akan memasukkan elemen seram di dalamnya! Bagaimana itu? \rTan Sri Harussani amat tidak menyenangi dengan filem hantu. Beliau amat anti dengan filem cerita-cerita seram yang menakutkan anak-anak dan tahyul-mahyul. Aku mengangguk bersetuju. (mujur beliau tidak menonton filem \'Hantu Kak Limah\' aku!....itu duluuuu).\rAku memberitahu di dalam filem ini nanti seperti mana yang kita sedia maklum, jika amalan baik yang dipenuhi ketika hayat, maka Mungkar Nangkir yang muncul menyerupai makhluk yang indah-indah menanyakan soalan dan jika hidup penuh kekufuran, maka mereka akan menjelma dengan rupa yang menakutkan. \rAku ingin tunjukkan itu. Beliau setuju akan wajah yang menakutkan untuk memberi keinsafan kepada yang menonton, tetapi jangan ditunjukkan wajah indah mereka kerana itu tiada dapat kita gambarkan sebaik-baiknya. Aku akur dengan pendapat itu. Tiada wajah secantik mana milik manusia di bumi ini untuk menggambarkannya.\rAku juga ingin menggunakan pendekatan hiburan yang maksimum di dalam penceritaan yang besar sifat keagamaannya. Aku memberi contoh filem Matrix  yang tersangat tebal sikap \'messiah movie\' yang ditanam. Penceritaan kelahiran semula Nabi Isa di dalam kemelut dunia yang semakin palsu itu mengangakan, bukan sahaja kepada anak-anak Amerika dan Eropah, malah anak-anak Melayu juga bertambah kuat nganga mereka sambil bertepuk tangan apabila menonton filem itu! Kejayaan itu harus kita gunakan untuk dunia kita pula.\rDan seterusnya perbincangan kami berlarutan hingga ke isu poco-poco (Negeri Perak mengharamkan tarian itu) dan isu Perlembagaan Negara yang juga turut beliau suarakan ke telinga aku. \rDaripada perdebatan bacaan talqin, pluralism hinggalah kepada kata-kata hikmat milik Imam Ghazali, beliau bisikkan. Rugi ya amat aku tidak dapat berkongsi ilmu itu dengan kalian di sini. \rBeliau juga mengingatkan aku supaya jangan melupakan budaya Melayu yang akan lemas dengan pengaruh modenisasi sosial. Kesemuanya aku kunyah dan telan semat kuat di hati. Dengan keizinan Tuhan.\rTerlalu banyak yang aku peroleh dalam pertemuan singkat itu. Terlalu banyak pula untuk aku tuliskan di sini jika dibenarkan.  Dan yang paling indah adalah pertemuan itu sesungguhnya membuka mata hati aku dengan kepekaan dan ketelusan pendapat daripada mereka yang bertanggungjawab ke atas hukum agama. Kali pertamai aku dapat melihat dengan terang menerusi pandangan mereka akan pembikinan filem kita. Satu cantuman dogma yang seharusnya selari.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043407 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list