View: 32709|Reply: 318
|
▼▲M2: Ramadhan Rencah Kemanisan Iman [1030 pm Bottom 3, Imuniti, Singkir]▼▲
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 3-8-2011 03:22
Peraturan DAN Tugasan
1. Untuk tugasan minggu kedua, anda diminta untuk menyediakan skrip pementasan teater.Maknanya, karya yang anda perlu hantar pada minggu ke-2 adalah SKRIP PEMENTASAN TEATER.
2. Jenis Teater yang dibenarkan:
(a)Teater Drama
(b)Teater Musikal/Opera
(c)Teater Komedi
(d)Teater Tragedi/Melankolik
3. Anda tidak perlu menulis keseluruhan cerita, tetapi mengarang skrip ADEGAN/BABAK yang anda rasa sesuai untuk dipertontonkan.
4. Tajuk skrip teater anda adalah bebas.
5. Anda MESTI menyenaraikan pelakon-pelakon samaada selebriti Malaysia atau antarabangsa sebelum memulakan skrip teater anda. Letakkan wajah (gambar) pelakon tersebut dan namakan watak yang dipegangnya dalam teater.Cth: Siti Nurhaliza memainkan watak Hantu Kak Limah.
6. Salah seorang pelakon WAJIB ialah SITI NURHALIZA. Bilangan minimum pelakon yang dibenarkan ialah DUA ORANG dan maksimum ialah BEBAS.
7. Untuk membolehkan penonton membayangkan teater anda, anda harus menyediakan "settings" atau latarbelakang (permandangan, dsb).Settings itu termasuklah objek-objek yang digunakan dalam pementasan, fesyen watak, muzik latar dsb. Hiasan posting dapat membantu menghidupkan "settings" teater anda.
8. Bagi teater musikal/opera, anda disarankan untuk menyelitkan lirik lagu yang menunjukkan lagu itu dinyanyikan oleh watak dalam teater anda.
Cth: Chempaka (Siti Nurhaliza) menangis lalu melantunkan suaranya,
"Bisakah yang benci disayangi,
bisakah yang dusta dimaafi,
Walaupun himpunkan sesalku
Bisakah terbuka Kalbu"
8. Untuk sesi dialog antara watak, gunakan penanda wacana " : ".
9. Skrip teater anda MESTI berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Jika tiada hubungan antara isi dengan tajuk, maka markah anda akan ditolak. Selain itu, cerita skrip teater anda tidak semestinya berkaitan dengan Siti Nurhaliza sekiranya anda memilih untuk tidak mengaitkannya tetapi masih berpandukan pada tajuk.
10. Anda MESTI menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Bahasa rojak dan Bahasa Inggeris tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan singkatan bahasa melayu juga adalah dilarang.
11. Plagiat (Copy-paste) hak karya orang lain DIHARAMKAN sama sekali.
12. Panjang skrip minimum adalah 100 manakala maksimum adalah 2000 patah perkataan.
13. Anda bebas mengarang skrip berdasarkan kreativiti anda. Hiasan posting akan mendapat markah bonus daripada pihak juri. Hiasan posting dapat membantu menghidupkan "settings" teater anda.
14. Karya yang dihantar TEPAT pada masanya akan mendapat kredit +15.
15. Anda mesti menyiapkan karya anda sebelum 11:59 pm 7/8. Karya yang lewat dihantar akan dikenakan penalti sebanyak 50% jumlah markah penjurian.
16. Karya dihantar dengan cara berikut: , kemudian diikuti dengan nukilan skrip teater anda.
NAMA PESERTA
JENIS TEATER:
JUDUL TEATER:
16. Jika anda tidak menghantar karya langsung sebelum 6.00 petang 9/7, maka anda akan disingkirkan secara automatik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dauswq at 3-8-2011 03:28
Imuniti dan Penyingkiran
1. Minggu pertama bakal menyaksikan pemberian imuniti dan penyingkiran peserta. Imuniti diberikan kepada peserta yang mendapat markah juri tertinggi manakala peserta akan disingkirkan sekiranya mendapat markah (undian awam+ juri) yang terendah.
2. Pengumuman imuniti dan penyingkiran dilakukan pada malam 9/8.
3. Peserta yang mendapat imuniti pada minggu kedua akan DIKECUALIKAN untuk menghantar karya pada minggu ke-3 dan kebal dari penyingkiran pada minggu ke-3. Begitu juga sebaliknya berlaku kepada peserta yang dikurniakan imuniti pada minggu ke-4.
4. Segmen penyingkiran pula bergantung kepada persembahan peserta pada malam itu. Segmen penyingkiran akan berlaku 3 kemungkinan:
(a) TIADA penyingkiran.
(b) Seorang disingkirkan.
(c) Dua orang disingkirkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dauswq at 3-8-2011 03:49
Penilaian Markah Peserta ![](http://www.laymark.com/i/m/m177.gif)
1. Markah peserta: 60% SITIUNDI (undian awam) + 40% Markah Juri.
2. SITIUNDI dibuka selepas penghantaran karya ditutp (12.00 AM 8/7/2011). Undian adalah hak forumer .Setiap forumer diberikan tiga undi sahaja.
3. Juri Tetap: masarju, khyree Juri Jemputan: Eddlisa Uyuk
4. Setiap juri akan memberikan markah ___/40 dan dijumlahkan 40% markah keseluruhan.
5. Penilaian juri adalah berdasarkan kreativiti, konsep penceritaan, penggunaan bahasa, hiasan, mematuhi peraturan, paralelisme dsb.
|
|
|
|
|
|
|
|
Topik Yang Menarik... Jeng Jeng Jeng..... Buat Elok Elok Ya Korang.... ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adehh....x pandai berlakon...![](static/image/smiley/default/cry.gif)
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat cerita ramadan ke apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Letak la Dato'K sebagai pelakon....heheheheh...
LEpas tue letak Tok Pah, Noraniza Idris.....heheheheehheh |
|
|
|
|
|
|
|
sangat susah.
Do your best korang.
sixret Post at 3-8-2011 10:03 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sgt susah...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
seriously.. kejaNG sekejop.. |
|
|
|
|
|
|
|
Para peserta sila alert rules yang ni untuk kesenangan di masa hadapan:
9. Skrip teater anda MESTI berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Jika tiada hubungan antara isi dengan tajuk, maka markah anda akan ditolak. Selain itu, cerita skrip teater anda tidak semestinya berkaitan dengan Siti Nurhaliza sekiranya anda memilih untuk tidak mengaitkannya tetapi masih berpandukan pada tajuk.
Tips:
Pilih 1 drama/filem yang korang suka. Yang korang tau jalan cerita dia.
Pilih pelakon - jangan lupa masukkan Siti Nurhaliza di dalam barisan pelakon.
Tapi CT tak semestinya jadi Siti Nurhaliza. Boleh jadi watak lain.
Pilih scene apa (senang nak buat setting nanti)
Tulis skrip berdasarkan kreativiti anda |
|
|
|
|
|
|
|
seriously.. kejaNG sekejop..
azharazhar91 Post at 3-8-2011 10:30 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bkn setakat kejang.....terus kejung x gerak2....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# cinta_ungu
moga2 dpt membantu....akan cuba dipikir2kan.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sixret at 3-8-2011 12:15
DRAMA SELINGAN-TIDAK DIKIRA MARKAH.
Pastiche: Dapat idea lepas baca drama Daus.
Senarai Pelakon.
Siti Nurhaliza sebagai pelayan bernama Siitik
Zila Bakarin sebagai Sahsah
Usop Wilcha sebagai kawan Sahsah
Penampilan khas:Joyah sebagai Jovogue
Setting/Situasi: Dalam sebuah kafe di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan kepalsuan itu.
Teater yang sebenar menggunakan teknik visual, setiap gerak-geri,perlakuan,mimik muka boleh diperhatikan melalui bahasa badan pelakon, tetapi dalam forum ini terhad, jadi saya terpaksa menulis naratif sebagai ganti kepada bahasa badan dan monolog.Dan saya akan menggunakan [....] sebagai ganti kepada mimik muka pelakon teater.
Siitik meletakkan hidangan ke atas meja di hadapan seorang lelaki dan seorang perempuan yang amat cantik. Berkulit mulus, berambut ikal paras dada,berkaki panjang dan yang paling penting, mempunyai aset yang mampu menggiurkan hati teruna yang memandang dan bisa menghadirkan rasa cemburi dalam hati perempuan lain.Jika ada kekurangan sekalipun, mungkin perutnya yang sedikit memboyot itu.
"Mengandung 6 bulan agaknya," getus Siitik.
Jovogue: Minta maaf(excuse me).
Sahsah: [senyum] Ya? [sambil memandang ke arah Jovogue lalu melirik ke arah lelaki di sebelahnya dengan penuh tanda tanya]
Jovogue: [senyum] Lawa beg tangan awak. Louis Vutton ke?
Siitik memandang dari jauh dengan penuh minat.Terdetik di hati Siitik " Kedua-duanya sangat cantik.Model agaknya," sambil memegang wajahnya sendiri yang kekusaman itu.
Sahsah: A'ah. Louis Vutton.
Jovogue: [Riak wajah bertukar menjadi kagum]. Wah, kayanya awak!
Sahsah: Biasa-biasa je. [sambil berdehem untuk membetulkan nada suara]
Jovogue: Bahagianya korang berdua.
Sahsah: Terima kasih.[berdehem lagi]
Jovogue: Tu anak yang ke berapa?
Sahsah: [Hairan] Anak apa? [berdehem buat sekian kalinya]
Jovogue: Yang dalam perut tu.
Sahsah: [Muka merah padam] Kau nak kutuk aku ke?!!! [tidak lagi berdehem]
Jovogue: Eh, taklah! Saya ikhlas bertanya.[Pelik kerana Sahsah tidak berdehem lagi]
Sahsah: Mak nyah operate la!!!! Takde maknanya nak beranak bagai!!!! [Keluar suara sebenar yang kurang halusnya itu]
Jovogue: La, ye ke? Mak pun nyah jugek. Kau tak pecah lubang nok. Terkesima mak. Eh, Louis Vutton PS ke? [sambil membetulkan branya yang hampir terlondeh itu]
Sahsah: Mana lagi nok.
Tiba-tiba lelaki di sebelah Sahsah bersuara, "Mak nyah cover nok." Sungguh bersahaja dan lentikan mulai hadir pada jari-jari yang kurang runcing itu. Kaki yang terkangkang sebentar tadi tertutup rapat.
Jovogue: "Statement of the year" sangat.
Tiba-tiba Siitik pengsan. Penat bekerja agaknya.
Disclaimer: Hanya menulis melalui pengalaman tentang sebahagian rencah kehidupan manusia. Tiada niat untuk poke fun at others. Semuanya bergantung kepada 100% imaginasi masing-masing. Apa yang tersurat tidak semestinya sama dengan apa yang tersirat di minda kalian.Begitu juga sebaliknya.Wallahua'lam.![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|