CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Sasar serba satu di Shenzhen

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sukar tapi kita mampu menerusi terjun, renang, badminton: Dr Hou\rMESKIPUN sukar, kem negara meletakkan sasaran satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzhen, China, bermula 12 hingga 24 Ogos ini.\r\n\n\n\n\r   Keyakinan itu disuarakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen negara di Putrajaya semalam, tetapi tidak menjelaskan lanjut acara sukan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n   “Kita mempunyai peluang untuk meraih pingat dalam acara terjun, renang, badminton dan berbasikal namun tiada sandaran khusus kerana kita tidak mahu menambah tekanan kepada atlit. \r“Kejohanan ini bertaraf dunia dan Olimpik, jadi saya berharap atlit negara mengambil peluang ini untuk membuktikan kebolehan masing-masing beraksi di arena antarabangsa,” katanya sambil menambah ada habuan berbentuk insentif khas kepada atlit yang cemerlang di Shenzhen nanti.\rSementara itu, Chef De Mission kontinjen negara, Prof Dr Shaharudin Abd Aziz berkata, Universiade cukup sukar dengan cabaran hadir daripada seluruh dunia dengan negara maju seperti Amerika Syarikat menghantar atlit terbaik mereka.\r“Pada mulanya kita meletakkan sasaran emas itu kepada Azizulhasni Awang dalam acara berbasikal namun bagi saya sukan lain juga boleh menyumbang kepada pungutan pingat, malah tidak mustahil emas.\r\n\n\n\n\rMalaysia menghantar 123 atlit, jumlah terbesar dalam sejarah penyertaan Universiade dan mengambil bahagian dalam 13 daripada 22 acara termasuk bola sepak, berbasikal, menembak, memanah, olahraga, catur, golf,  badminton, akuatik (terjun/renang), lawan pedang, gimnastik dan taekwondo (poomse/kyorugi).  \rAntara atlit elit negara bertaraf Olimpik ke Shenzhen ialah Pandelela Rinong dan Bryan Nickson Lomas (terjun) serta trio memanah, Chen Chu Sian, Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz serta Muhammad Izzuddin Abdul Rahim.\rPencapaian terbaik negara pada temasya sama adalah Bangkok 1997 dengan satu perak dalam acara taekwondo menerusi Chee Chew Chan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.355140 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list