|
Boas pujuk Abramovich beli tonggak Milan\rLONDON: Andre Villas-Boas bersedia memujuk Roman Abramovich supaya cuba mendapatkan penyerang AC Milan, Alexandre Pato dalam urus niaga membabitkan nilai lebih 30 juta pound (RM145.2 juta). \r\n\n\n\n\r Chelsea mengikuti perkembangan pemain sensasi Brazil itu sejak tiga tahun dan dikaitkan dengan urus niaga membabitkan nilai besar selepas ketibaan Carlo Ancelotti tetapi ia tidak menjadi kenyataan.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun The Blues terus mengekalkan minat terhadap pemain Amerika Selatan itu dan dengan Villas-Boas sudah memulakan tugasnya ketika membawa skuad itu ke Jelajah Asia, usaha mendapatkan Pato mungkin tidak perlu menunggu lama.\rVillas-Boas sedar dia perlu mencari cara untuk mendapatkan yang terbaik daripada Fernando Torres yang dibeli Chelsea dengan nilai 50 juta pound (RM242 juta), dan Pato dilihat sebagai seseorang yang boleh menjadi penyelesaian utama terhadap mewujudkan gandingan tiga penyerang.\rPato menjaringkan 14 gol dalam 25 penampilan musim lalu, selepas kempennya diganggu kecederaan kecil.\rDia kehilangan tempatnya sebagai pemain kebangsaan Brazil kepada bintang Santos, Neymar tetapi keupayaannya tidak dipertikaikan dan dia mempunyai banyak pengalaman dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah serta menjadi sasaran kelab besar.\r\n\n\n\n\rDifahamkan Chelsea sedang bersedia menawarkan Milan 20 juta pound (RM96.8 juta) serta ditambah dengan sama ada Nicolas Anelka atau Salomon Kalou untuk mendapatkan Pato, walaupun Milan, masih ingin membawa bekas penyerang Inter, Mario Balotelli kembali ke San Siro. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|