View: 199|Reply: 0
|
Penentu kuasa dominan di Manchester
[Copy link]
|
|
LONDON: Pertembungan Manchester United dengan Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti Ahad ini memberi satu lagi peluang buat peminat untuk menilai sama ada kuasa bola sepak Inggeris akan bertukar tangan di antara kedua-dua kelab. \rUnited akan beraksi dalam perlawanan tradisi pembuka tirai buat kali ke-18 sejak penampilan terakhir City pada 1973, tetapi pemilik City yang kaya raya terus membuat pelaburan untuk membantu mereka merangkul Piala FA, Mei lalu.\r\n\n\n\n\r Tatkala United mencipta rekod memenangi kejuaraan liga ke-19 musim lalu, City pula meraih trofi pertama dalam tempoh 35 tahun dan menamatkan saingan liga di tangga ketiga, yang bakal menyaksikan usaha meraih penghormatan akan lebih sekata di Manchester.\r\r\n\n\n\n\n Sejak menamatkan saingan sembilan mata di belakang United dalam Liga Perdana dan memenangi Piala FA – menewaskan jiran itu di separuh akhir di Wembley – City terus memperkasakan pasukan dengan kehadiran bintang baru, Sergio Aguero.\rCity turut mengukuhkan benteng dengan menandatangani bek kiri, Gael Clichy dan pertahanan tengah, Stefan Savic, lantas Alex Ferguson menyenaraikan City bersama-sama Chelsea sebagai pasukan yang mampu mencabar United dalam perebutan kejuaraan musim ini.\r“Saya jangkakan lebih banyak lagi pembelian,” kata Ferguson. “Chelsea belum begitu sibuk kecuali dengan pengurus, yang masih memerlukan masa membentuk dan membetulkan pasukan sedia ada. City sudah membeli Gael Clichy dan kelihatan mereka akan menandatangani beberapa pemain baru lagi.\r“Kami jangkakan cabaran besar daripada kedua-dua pasukan itu.”\r\n\n\n\n\rCity dilaporkan membayar Atletico Madrid 38 juta pound (RM190 juta) untuk penyerang Argentina Aguero, yang menyaksikan mereka sudah berbelanja lebih 50 juta pound (250 juta) setakat ini. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|