CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Tuah cabutan buat Kelantan, Selangor

[Copy link]
Post time 6-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Cabaran getir tunggu Hijau Kuning dalam Kumpulan AJUARA bertahan, Kelantan sudah terbayang satu lagi impian besar – mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas melihat tuah undian memihak mereka, semalam.\rDalam majlis undian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Stadium Nasional, Bukit Jalil The Red Warriors  diletakkan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Johor FC, Felda United FC dan Sarawak – senario yang memberi gambaran peluang anak didik Datuk M Karathu tampak cerah untuk muncul juara kumpulan berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor juga dilihat tidak menghadapi sebarang masalah mara ke saingan suku akhir apabila diletakkan  satu kumpulan bersama Terengganu T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D.\r\r\n\n\n\n\n  Apa pun, detik sama tidak dirasai bekas juara, Kedah yang diundi dalam Kumpulan A dengan lawan seimbang  iaitu Perak, Sabah dan Johor.\rKelantan – jika menepati reputasi dan layak, halangan dalam kelompok lapan terakhir nanti mungkin membabitkan pertembungan dengan juara Piala FA yang baru, Terengganu atau pun Negeri Sembilan.\rAndai The Red Warriors bertemu Negeri Sembilan di peringkat suku akhir, peminat sukan tanah air bakal kembali menyaksikan perlawanan ulangan Piala Malaysia, tahun lalu dan jika berlaku di sebaliknya, Kelantan bakal berentap pasukan tetangga dari Pantai Timur, Terengganu.\rTerengganu yang diundi dalam Kumpulan B akan menentang Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby FC.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.251403 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list