View: 79|Reply: 0
|
Williams luah hampa dipecat Woods
[Copy link]
|
|
Kedi lebih menyerlah daripada pemain yang pernah jadi majikanBUAT pertama kali dalam sejarah golf dunia, nama kedi lebih menyerlah daripada pemain yang menjadi majikannya. Ini berlaku ketika Adam Scott menjuarai Kejohanan Golf Dunia (WGC) Jemputan Bridgestone minggu lalu selepas menggunakan khidmat bekas kedi Tiger Woods, Steve Williams.\n\n\n\n Williams yang pernah mengangkut beg Woods ketika bekas pemain nombor satu dunia itu menjuarai 13 kejuaraan major, termasuk tujuh kali di lapangan Firestone, tampil membantu pemain Australia, Scott untuk kali pertama selepas Woods memecatnya bulan lalu.\n\n\n\n\n\n Kecewa dengan keputusan Woods untuk tidak menggunakan khidmatnya,kedi berasal New Zealand itu menggunakan peluang bercakap kepada media selepas Scott merangkul kejuaraan major pertamanya untuk mengenakan majikan lamanya.“Sepanjang 33 tahun menjadi kedi, ini adalah minggu terbaik dalam hidup saya,” kata Williams yang seolah-olah mahu membandingkan kejayaan pertama Scott jauh lebih baik berbanding semua kemenangan dicatat Woods bersamanya.Malah kenyataan kedi berusia 48 tahun itu membangkitkan kemarahan ramai ahli sukan profesional yang kebanyakannya menganggap Williams sudah melampaui sempadan seorang kedi. “Steve Williams mengingkari peraturan tersira tkedi, dengan membuka mulut kepada media. Kebanyakan tidak melakukannya, segelintir bercakap apabila perlu,” kata kapten Piala Ryder Amerika Syarikat (AS) 2008, Paul Azinger.\n\n\n\nBintang tenis AS, Andy Roddick juga terkejut dengan kenyataan Williams. “Adakah saya terlepas sesuatu? Adakah Steve yang bermain sebenarnya? Saya rasa dia terlalu gembira dengan majikan barunya hingga lupa kedudukannya,” kata Roddick.Walaupun gandingan Scott dan Williams dilihat mampu membuka jalan kepada pemain berusia 31 itu merangkul lebih banyak kejuaraan musim ini, Williams tidak seharusnya menggunakan kesempatan itu untuk menjatuhkan bekas majikannya, Woods yang kini masih tercari-cari rentak kemenangan.Woods yang kini terperosok ke tangga ke-30 dunia, bagaimanapun tidak berkecil hati dengan kata-kata Williams. “ Saya tidak akan membuat spekulasi ke atas Stevie,” kata Woods. “Itu mungkin perasaan dan emosinya, itu keputusannya untuk berkata apa yang dirasakannya.”Williams dikatakan berang dengan tindakan Woods memecatnya selepas berkhidmat lebih 12 tahun untuk pemenang 14 gelaran major itu yang pernah menjadi pengapit pada majlis perkahwinannya pada 2005.“Dia mungkin terlalu gembira dengan kemenangan ini,” kata Scott. “Saya tidak rasa dia berniat mahu mencuri perhatian daripada saya, cuma sudah lama dia tidak mengecap kemenangan. Kami sudah bercakap mengenai perkara ini dan dia cuma meluahkan perasaannya.”Scott turut mengakui pengalaman Williams di lapangan Firestone cukup membantu permainannya dan dia bukan sekadar mengangkat beg. “Tidak ada orang mengenali lapangan ini seperti Steve,” kata Scott.Pengalaman Williams dalam kejohanan major memang tidak dapat dinafikan dengan Woods (14 kejuaraan), Raymond Floyd (2) dan Greg Norman (2) pernah mendapatkan khidmatnya. Williams tahu kemampuannya, begitu juga Scott dan Woods, dan tidak lama lagi seluruh dunia golf akan menyedari hakikat itu. - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|