View: 81|Reply: 0
|
Djokovic jelma aura juara
[Copy link]
|
|
Tsonga cedera selepas 59 minit beraksi\rMONTREAL: Pemain pilihan utama, Novak Djokovic (atas) menamatkan impian besar Jo-Wilfried Tsonga dengan kemenangan 6-4, 3-0 pada Kejohanan Tenis ATP Montreal Masters apabila pemain Perancis itu berhenti selepas 59 minit bermain gara-gara sakit lengan kanan.\r\n\n\n\n\r Djokovic - satu langkah bagi menjulang kejuaraan kesembilan tahun ini - akan bersaing merebut trofi bertemu Mardy Fish dari Amerika Selatan dalam final.\r\r\n\n\n\n\n Fish kini dalam pemburuan gelaran keduanya di gelanggang keras pada musim panas ini selepas menewaskan pemain Serbia, Janko Tipsarevic 6-3, 6-4 dalam satu lagi saingan separuh akhir.\r“Saya meningkatkan tahap saya dalam setiap perlawanan,” kata Djokovic. “Menjadi pemain nombor satu menjadi impian saya sepanjang hidup. Sekarang saya mencapainya. Tidak ada alasan untuk saya takut kepada apa yang bakal saya lalui. Semuanya adalah pengalaman dan cabaran baru.” \rTsonga yang kecewa berkata: “Saya mengalami kesakitan di lengan. Saya sudah merasainya sejak tiga hari lalu dan sukar memukul bola hari ini. Saya terpaksa membuat keputusan ini.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|