|
Tinjauan dapati majoriti rakyat Indonesia tak puas hati prestasi SBY\rJAKARTA: Majoriti rakyat Indonesia tidak puas hati dengan prestasi pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang dianggap gagal memastikan kemudahan pendidikan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan, lapor keputusan hasil satu tinjauan, kelmarin.\r\n\n\n\n\rTinjauan itu dilakukan Institut Keamanan dan Demokrasi Setara yang menyoal 3,000 responden berpendapatan rendah dan pertengahan di 10 wilayah mengenai pandangan mereka terhadap prestasi kerajaan di bawah kepemimpinan Susilo atau popular dengan singkatan SBY.\r\r\n\n\n\n\nTimbalan pengerusi Setara, Bonar Tigor Naipospos, berkata keputusan tinjauan membawa kepada kesimpulan bahawa kerajaan sekarang lemah.\r“Hampir semua bidang berkaitan ekonomi dan sosial, prestasi pentadbir dilihat oleh penduduk jauh daripada mencukupi.\r“Tinjauan berkenaan menunjukkan pencapaian kerajaan lemah dalam sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan dan pekerjaan,” katanya.\rMengenai pendidikan, 60 peratus berpendapat kerajaan gagal menunjukkan prestasi baik.\r\n\n\n\n\rMengenai kebajikan, sebanyak 78 peratus menyifatkan kerajaan gagal manakala 85 peratus mengatakan bahawa pentadbiran Yudhoyono tidak berjaya mengatasi masalah pekerjaan.\rTinjauan Setara juga meminta pandangan penduduk terhadap cabaran paling penting dihadapi negara itu. Sebanyak 37 peratus menyatakan masalah kemiskinan disusuli rasuah 27 peratus.\rTetapi kenyataan paling buruk adalah membabitkan Susilo sendiri. Hanya 23 peratus responden percaya bahawa presiden itu seorang pemimpin yang tegas manakala 42 peratus melihat beliau sebagai seorang yang lemah.\rMengenai penilaian presiden mana yang terbaik untuk kebajikan penduduk, Susilo berada di tempat ketiga, dengan 9.9 peratus memilih beliau.\rBeliau ketinggalan kepada bekas pemimpin Sukarno yang menerima 13.6 peratus manakala Suharto menduduki tempat teratas senarai itu dengan 65 peratus. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|