View: 95|Reply: 0
|
Pemanah negara hayun langkah kanan
[Copy link]
|
|
Atlit lelaki, wanita ke pusingan pertama\rSEMUANYA tampak mengikut skrip ketika kesemua enam pemanah lelaki dan wanita negara yang turun ke gelanggang Universiade Shenzhen 2011 dalam acara recurve dan compound memulakan saingan dengan langkah kanan, awal pagi semalam.\r\n\n\n\n\r Hadir dengan reputasi tinggi,semua pemanah negara melayakkan diri ke pusingan pertama individu, malah turut melayakkan diri ke pusingan pertama berpasukan.\r\r\n\n\n\n\n Begitupun, dalam acara recurve berpasukan campuran yang dijalankan di sebelah petang, gandingan Cheng Chu Sian dan Shahira Abdul Halim yang memungut mata tertinggi di kalangan pemanah negara dalam kelayakan individu, tewas pada pusingan kalah mati menentang pasangan Taiwan, Tien Kang dan Yuan Shu Chi.\rGandingan negara tewas 12-11 dalam permainan empat end, sekali gus membolehkan Taiwan ke suku akhir.\r“Saya berpuas hati dengan catatan mata kerana kami kurang menjalani latihan dalam acara ini,” kata Chu Sian. “Saya gembira kerana kami hanya tewas satu mata. Saingan di sini sukar dengan 80 peratus pemanah di Kejohanan Dunia turut beraksi. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa melainkan melakukan yang terbaik pada baki aksi acara individu dan berpasukan lelaki,” katanya.\rDalam pada itu, gandingan compound campuran negara, Mohd Kaharuddin Ashah dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh turut tewas 8-4 kepada gandingan Mexico, Gerardo Alvarado dan Linda Ochoa di bawah cuaca angin bertiup kencang.\r\n\n\n\n\r“Kami tidak pernah bersaing dalam keadaan angin sekuat ini tapi saya tetap berpuas hati dengan catatan mata. Kami cuma kalah menerusi mata end tapi peluang masih ada untuk melakukan sesuatu yang lebih baik selepas ini,” kata Fatin.\rHari ini dua pingat emas ditawarkan di Lapangan Pertandingan Memanah Universiade iaitu acara compound individu lelaki dan wanita manakala recurve berpasukan pula Khamis ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|