CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

TEPCO akui gagal sejuk loji nuklear

[Copy link]
Post time 18-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tangguh operasi alat tak serap bahan radioaktif\rTOKYO: Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berkata pihaknya  gagal dalam cubaan untuk menyejukkan dan menutup loji jana kuasa nuklear yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami di Fukushima menjelang Januari depan, ketika krisis nuklear terburuk dunia sejak 25 tahun lalu itu berterusan.\r\n\n\n\n\rUsaha menyahcemar air yang tinggi kandungan radioaktifnya di loji itu ditangguhkan berikutan  kegagalan peralatan penyerapan bahan radioaktif cesium, yang menyebabkan kebocoran air dan kerosakan pam, menjejaskan proses menstabilkan loji yang semakin teruk itu.\r\r\n\n\n\n\n“Tidak mustahil usaha menyahcemar tidak dapat diselesaikan seperti yang dirancang menjelang akhir tahun ini, walaupun kami masih belum memutuskan untuk mengubah sebarang  perancangan.\r“Ia mungkin akan menjejaskan proses penyejukan dan penutupan loji,” kata seorang jurucakap syarikat yang enggan dikenali.\rUlasannya disusuli  kenyataan sama oleh jurucakap TEPCO mengenai isu nuklear, dan Junichi Matsumoto kelmarin yang dilaporkan dalam akhbar harian perniagaan Nikkei.\rPenutupan dan penyejukan  biasanya didefinisikan sebagai kandungan air di dalam reaktor yang berada di bawah paras 100 darjah selsius dalam atmosfera biasa, mengelak bahan api radioaktif itu daripada panas semula.\r\n\n\n\n\rTEPCO juga mengesahkan semalam bahawa ia menguji satu peralatan pemprosesan air radioaktif ketika ia bertungkus lumus menangani kerosakan akibat gempa bumi dengan magnitud 9.0 dan tsunami yang meranapkan pantai timur laut Jepun Mac lalu.\rDengan anggaran hanya  42,000 tan air tercemar diproses menjelang 9 Ogos, 120,000 tan masih tinggal di ruang bawah bangunan turbin dan di tempat lain.\rTEPCO menetapkan matlamat memproses 200,000 tan air radioaktif menjelang akhir tahun ini berikutan lebih banyak air akan tercemar dalam proses memastikan reaktor rosak terkawal.\rPihak berkuasa TEPCO dan Menteri Krisis Nuklear Goshi Hosono merancang mengadakan satu sidang media bersama jam 4.30 petang semalam (0730 GMT) untuk menjelaskan perkembangan tugas mengawal semula reaktor rosak.\rUjian bagi peralatan menyerap cesium Toshiba Corp, dikenali sebagai Sarry, dijalankan dengan mengalirkan air radiasi tahap rendah melalui peralatan dari syarikat nuklear Perancis Areva SA dan syarikat pengurusan sisa nuklear Amerika Syarikat Kurion Inc.\rIa dijadualkan beroperasi sepenuhnya seawal Khamis ini, kata pihak berkuasa\rTEPCO. Sarry lebih mudah diurus kerana ia memiliki kurang pam yang sering rosak. Walaupun  sistem ini beroperasi sepenuhnya, kadar  keseluruhan operasi kekal pada 90 peratus. Secara kasar 195,000 tan air tercemar akan diproses tahun ini.  – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.119919 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list