|
Penentang Gaddafi rancang buka era baru pemerintahan di LibyaDUBAI: Pemimpin majlis pemberontak Libya mengakui pihaknya sudah bersedia memulakan pentadbiran baru di ibu negara Tripoli meskipun masih ada sedikit penentangan daripada penyokong Muammar Gaddafi.\r“Pemberontak kini menguasai hampir seluruh Tripoli. Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sedang membuat persediaan untuk berpindah ke bandar raya ini\r\n\n\n\n“Beberapa pertempuran kecil berlaku melambatkan perpindahan kami, tetapi kami yakin dapat menghapuskannya dalam tempoh 48 jam,” kata ketua NTC, Mustafa Abdul Jalil kepada akhbar Al Arabiya dari Benghazi.\r\rMustafa bagaimanapun berkata, sukar untuk memastikan sama ada Gaddafi sudah meninggalkan Libya atau masih berada di kediamannya di Bab Al Aziziya di Tripoli.\r\n\n\n\n\n\r“Kawasan di sekitar Al Aziziya tegang dan pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pemberontak masih berlaku. Beliau mungkin berada di kediamannya atau di kawasan berhampiran. Tia-da siapa dapat mengesahkan lokasi Gaddafi setakat ini,” katanya.\rMustafa juga enggan memberi jaminan kemungkinan Gaddafi bersedia menyerah diri, sebaliknya berkata, pemimpin yang memerintah Libya sejak 1969 itu akan ‘dibicarakan dengan adil jika meletak jawatan’, atau diserahkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menghadapi dakwaan.\r“Ketetapan ini juga membabitkan anak Gaddafi, Saif Al Islam yang dikehendaki ICC dan kini berada dalam tahanan pemberontak. Kami sudah menghubungi ICC mengenai perkara ini,” katanya.\rSementara itu, di KUALA LUMPUR, sumber Wisma Putra mengesahkan, tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada atau terkandas di Tripoli, Libya dalam pertempuran antara kumpulan penentang dan tentera Gaddafi.\rSumber itu berkata, semua rakyat Malaysia di negara itu sudah dibawa keluar melalui Ops Helang yang dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak revolusi rakyat Libya, empat bulan lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|