CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Jakarta keluar larangan pada Aidilfitri

[Copy link]
Post time 25-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah untuk keselamatan semua pegawai dilarang mengadakan jamuan sempena rayaJAKARTA: Pentadbiran bandar raya ini mengumumkan satu senarai panjang larangan untuk Aidilfitri tahun ini bagi memastikan ibu negara Indonesia  selamat dan aman.\rGabenor Fauzi Bowo, berkata bagi memastikan satu dasar yang diperkenalkan tahun lalu dikekalkan, pentadbiran tidak akan mengadakan rumah terbuka di Dewan Bandar Raya.\r\n\n\n\n\rPada masa lalu, penduduk akan berkumpul di Dewan Bandar Raya pada hari kedua Aidilfitri untuk menikmati juadah raya dan kadangkala menerima duit raya.\r\r\n\n\n\n\n“Semua pegawai bandar dilarang mengadakan acara seperti itu di kediaman persendirian mereka. Pihak lain yang mahu membuat rumah mereka kepada orang awam diminta  memaklumkan polis Jakarta dan datuk bandar terlebih dulu, bagi memastikan agihan hadiah dilakukan secara adil,” katanya.\rPada masa lalu rumah terbuka Aidilfitri pernah mengakibatkan kematian apabila penduduk terperangkap dalam usaha mendapatkan hadiah. Insiden terburuk sejak beberapa tahun lalu berlaku pada 2008 di Pasaruwan, Jawa Timur apabila 21 orang maut di luar rumah seorang ahli perniagaan.\rPada 2003, di bandar ini, empat wanita terbunuh di sebuah rumah terbuka anjuran penduduk tempatan.\rFauzi akan mengadakan rumah terbuka terhad di kediaman rasminya di Jalan Taman Suropati di Tengah Jakarta selepas solat Aidilfitri.\r\n\n\n\n\rTimbalan Ketua Polis Jakarta, Brig Jeneral Suhardi Alius, berkata mana-mana pegawai bandar dan kerajaan yang merancang mengadakan majlis besar-besaran perlu memaklumkan polis terlebih dulu.\r“Dengan cara itu kami boleh mengerahkan kakitangan daripada polis Jakarta atau Agensi Arahan Awam di kediaman mereka, bagi mengurangkan risiko. Kami meminta mereka yang mahu membuat kebajikan untuk golongan miskin dan anak yatim supaya menggunakan saluran  sesuai,” katanya.\r“Tolong jangan agihkan makanan di persimpangan jalan kerana ia akan memburukkan kesesakan lalu lintas. Gesaan ini ditujukan kepada individu, organisasi dan parti.”\rKatanya, bandar itu juga melarang konvoi kenderaan pada Aidilfitri bagi menghalang kesesakan dan kemalangan, walaupun memandu kenderaan dan melaungkan ‘takbir’ adalah cara tradisi meraikan hari terakhir Ramadan.\rPolis Jakarta akan memantau berhampiran sempadan bandar pada malam terakhir Ramadan bagi menghalang konvoi dari bandar berjiran memasuki ibu kota ini. Sebarang konvoi yang masuk akan diarahkan kembali ke bandar mereka, kata Fauzi. –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.401664 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list