View: 3521|Reply: 2
|
Isu Lynas: Mohon Pandangan para Engineers & Saintis kat sini
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Brutal at 29-8-2011 23:40
LYNAS Corporation Ltd, dari Australia, yang terjebak dalam keadaan kontroversi berhubung cadangan pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang, menyatakan ia mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti dan bukan dilihat sebagai datang ke negara ini dan merosakkannya.Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis, yang tidak menjangka tentangan lebih besar daripada jangkaan, memberitahu beliau menyambut baik teguran membina pihak yang bimbang mengenai isu itu kerana terdapat terlalu banyak penyebaran maklumat salah. Dilaporkan kontroversi pembinaan kilang oksida nadir bumi bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Estet Perindustrian Gebeng,itu sudah mencetuskan dakwaan ia akan mengeluarkan radiasi membahayakankesihatan orang ramai.
sumber - berita harian
sekarang ni heboh isu Lynas kat Gebeng...mmg setakat ni dah ada thread pasal ni kat cari...
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=582678&extra=page%3D1
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=593598
mmg dah ada dan aku pun pernah berkongsi pendapat pasal ni kat thread undi tuh...
aku nak nyampuk kat thread baru tu, tapi rasa dah tak reti sebab dah takde technical sangat dah...cuma dok sembang kedai kopi je yg banyak...dan it's ok, aku tak kata ia salah (no offense ok?)...
cuma tujuan aku bukak thread ni kat sini sebab aku nak mintak pendapat purely dari engineers dan saintis pelbagai bidang (atau bakal & pelajar bidang2 tersebut)...yg lain, mintak tolong agar baca je...nak bersembang politik/emosi, dua thread tu dah ada...sini aku cuma mohon bincang dari segi teknikal...teknikal ala2 pun takpe, tak semestinya high level sangat...tapi kalau nak berkongsi pun, u r most welcomed...
aku cuma nak pendapat dari orang2 yg faham teknikal dan bukan orang2 yg terpengaruh dengan ketua2 parti politik masing2...
sebab kalau kat thread2 yg dah ada tu, susah nak bercerita pasal teknikal dengan orang2 yg takde latar belakang sains...
mohon diizinkan thread ini diperbincangkan kat sini...
dan jika boleh, perkenalkan diri dengan background masing2 (saintis nuklear ke, jurutera mekanikal ke)...sekadar untuk berkenalan...
|
|
|
|
|
|
|
|
la ramai je view tapi sapa pun tak de post? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# cepheid
mungkin sebab isu sensetif...don't worry, kita letak politik di tepi...kat sini ramai profesional atau bakal profesional (aku tgk benang profile ar), so aku rasa kita dapat membezakan antara isu dan politik...
tapi mungkin juga tak dapat sambutan kerana ramai yg rasa 2 board yg aku tempek tu dah cukup...(tapi aku dah terangkan kenapa aku bukak board ni)...
apa pun, hak masing2 nak komen ke idak... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|